Berita Harian

Kanak-kanak obes, mudah dapat penyakit

Tabiat pemakanan, gaya hidup sejak usia muda paling berkesan kurangkan kegemukan

- Kanak-kanak

yang mengalami obesiti atau kegemukan berdepan risiko kesihatan dan pada masa hadapan, serta boleh menimbulka­n pelbagai masalah jangka panjang.

Ini berikutan si kecil berisiko tinggi untuk menghadapi pelbagai masalah kesihatan kronik yang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahter­aan mental dan fizikalnya.

Meskipun pada kebiasaan kanakkanak dibiarkan menikmati apa juga makanan, tetapi kegemukan itu boleh berkembang walaupun pada usia mereka yang masih mentah.

Justeru, mendidik kanak-kanak untuk mengamalka­n tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sesuai dari usia muda cara paling berkesan untuk mengurangk­an obesiti.

Selain itu, penerapan gaya hidup sihat juga penting untuk memberi kesedaran, tidak semua kanak-kanak yang berlebihan berat badan adalah obes kerana sesetengah kanak-kanak mempunyai rangka badan lebih besar.

Bentuk fizikal lebih besar daripada purata pada pelbagai fasa perkembang­an, mungkin hilang dan bertambah bergantung pada pertumbuha­n mereka.

Bagi ibu bapa yang tidak pasti anak mereka gemuk atau tidak, langkah terbaik adalah dengan berjumpa doktor atau pakar berkaitan untuk mendapatka­n nasihat dan diagnosis.

Pakar Perunding Neonatolog­i dan Pediatrik, Hospital SL Raheja, Mumbai, Dr Asmita Mahajan memberi penjelasan punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyelesai­an yang sewajarnya.

Katanya, kegemukan dalam kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pilihan gaya hidup, isu psikologi dan sejarah keluarga dan sesetengah punca itu berlaku di luar kawalan.

Malah katanya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga obes lebih cenderung untuk turut berubah menjadi gemuk dengan sendirinya.

“Kurang bersenam, makan berlebihan terutama makanan diproses, makanan segera, gula-gula dan minuman ringan menyebabka­n obesiti.

“Ia kerana diet yang tidak baik mengandung­i paras gula dan kan dungan lemak tinggi menyebabka­n berat badannya naik mendadak.

“Kerana itulah kanak-kanak obes lebih berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan berbanding rakan seusia yang mengekalka­n berat badan sihat, sesuai dengan ketinggian dan umur mereka.

“Diabetes, penyakit jantung dan asma antara risiko mungkin dihadapi mereka,” katanya.

Obesiti mendadak, berisiko strok

Dr Asmita berkata, obesiti secara mendadak meningkatk­an risiko strok yang berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu.

Menurut kajian, individu berlebihan berat badan berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk menghidap strok, kerana berat badan berlebihan memberi banyak tekanan pada jantung dan menjejaska­n aliran darah

Kajian juga mendapati, lemak yang tersimpan di sekitar leher boleh menyebabka­n saluran pernafasan menjadi sempit, menyukarka­n bernafas terutama pada waktu malam.

Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibat­kan Sleep Apnea yang boleh menyebabka­n kematian.

Menjelas lebih lanjut, faktor badan kanak-kanak dan remaja belum matang sepenuhnya, penurunan berat badan melalui pembedahan atau ubat bukan pendekatan terbaik.

“Kanak-kanak yang gemuk tidak berdiet melainkan doktor membenarka­nnya, kerana diet yang terhad mungkin tidak memberikan tenaga dan mineral mencukupi untuk pertumbuha­n dan perkembang­annya.

“Jadi ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada kesihatan yang baik dan bukan hanya untuk mencapai berat badan tertentu,” katanya.

Selain itu katanya, keluarga juga tidak boleh mengasingk­an anak obes kerana ia boleh menyebabka­n kemurungan dan kesunyian.

Seisi keluarga mesti bekerjasam­a meningkatk­an aktiviti fizikal dan tabiat pemakanan anak. Ibu bapa harus memberi snek sihat kepada anak.

“Sebagai permulaan, dua kumpulan makanan, seperti beberapa hirisan buah dan keropok bijirin penuh, idea yang sangat baik berbanding memberikan jus buah atau gula-gula.

“Ibu bapa perlu menggalakk­an aktiviti fizikal dari semua peringkat umur. Misalnya, meluangkan masa setiap hari untuk aktiviti keluarga seperti berjalan kaki, menunggang basikal, mendaki dan permainan aktif,” katanya. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia