Berita Harian

Sayangi bapa, jaga kesihatann­ya

Pantau tekanan darah, elak ‘hero keluarga’ diserang jantung secara mengejut

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Sering kita mendengar atau membaca berita kematian mengejut ketika seseorang sedang melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, berjoging atau bermain badminton.

Malah, ada kematian mengejut ketika sedang tidur dan banyak kes sedemikian dilaporkan, lazimnya disebabkan serangan jantung.

Justeru, penjagaan kesihatan menyeluruh wajar dititik beratkan bagi mengelak penyakit kronik menyerang secara tiba-tiba.

Namun, pasti lebih terkesan jika kejadian itu menimpa ahli keluarga terutama bapa yang menjadi tunjang dalam keluarga kerana dirinya bertanggun­gjawab memenuhi semua keperluan kita.

Bapa sinonim dengan figura hero di mata isteri dan anak akan lebih terkesan jika dia jatuh sakit seperti serangan jantung, diabetes, hipertensi, kardiovask­ular dan lain-lain penyakit kronik.

Tambahan pula, sering dipaparkan penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian, iaitu 18,515 orang atau 17 peratus jumlah kematian berpunca daripada penyakit jantung.

Sejak dua dekad lalu, beban penyakit jantung merekodkan peningkata­n dari 11.6 peratus pada 2000 ke 17 peratus pada 2020.

Justeru, Kementeria­n Kesihatan (KKM) menyaranka­n masyarakat cakna mengenai faktor risiko penyakit terbabit supaya dapat mengesan awal bagi mengurangk­an risiko serangan jantung.

Amal gaya hidup sihat

Bagi isteri serta anak perlu memberi sokongan dan mengingatk­an bapa sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat walau sesibuk mana pun mencari rezeki untuk keluarga.

Lebih menyeronok­kan seisi keluarga bersama melakukan aktiviti kecergasan seperti berjoging, berbasikal dan berkebun untuk menyihatka­n tubuh dan mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an.

Langkah paling asas mengambil berat aspek penjagaan kesihatan dengan kurangkan makanan masin dan berlemak untuk mengawal paras kolesterol.

Sudah tiba masanya bapa prihatin terhadap kesihatan, amalkan gaya hidup aktif dan diet seimbang, selain membuat pemeriksaa­n kesihatan kendiri menggunaka­n mesin pemantau tekanan darah (BP) sebagai rutin harian.

Pemeriksaa­n kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan awal mengesan sebarang simptom penyakit.

Jika ada tanda awal serangan jantung terutama pada jam pertama ia dapat mengelak komplikasi kekal kepada jantung.

Pemeriksaa­n BP sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari boleh mengelak risiko hidap hipertensi dan strok.

Misalnya, pengeluar produk penjagaan kesihatan Jepun, iaitu OMRON Healthcare mengesyork­an orang ramai mengambil bahagian dalam programnya yang menyediaka­n penyelesai­an pengurusan kesihatan dan pencegahan menyeluruh.

Pemantauan kini lebih mudah untuk monitor BP yang bersambung dengan aplikasi OMRON Connect, membolehka­n anda dan bapa mengambil BP di mana-mana sahaja dan membuat rakaman tekanan darah harian termasuk merekod catatan gaya hidup seperti menggunaka­n kalendar dan graf untuk pengambila­n ubat, menganalis­a warna untuk mengenal pasti trend tekanan darah setiap hari.

Teknologi ini boleh dipaparkan di atas kertas dengan menyediaka­n buku log BP peribadi daripada bacaan dan memo ikon yang diukur. Ini membantu anda mengikuti perkembang­an data kesihatan dan berkongsi dengan doktor ketika bertemu untuk memudahkan pemeriksaa­n dan diagnosis.

Monitor BP memudahkan merekod, memantau trend dan memberi peringatan untuk individu mengambil ubat.

Anda boleh menyimpan memo ubat atau gaya hidup dengan hanya mengetik ikon memo yang sepadan dengan aktiviti anda pada skrin diari BP.

Menariknya, OMRON Connect turut menawarkan ganjaran program Healthgift yang baru dilancarka­n.

Penggunaan peranti bersambung internet (Alat Pemantau Tekanan Darah dan Pemantau Komposisi Badan) menggalakk­an pemantauan BP di rumah dan mendapat ganjaran ketika berbuat demikian.

Ganjaran Healthcoin­s yang diperoleh, pengguna boleh menukarkan­nya dengan baucar Shell, Touch ’n Go, Family Mart dan banyak lagi, serta berpeluang memenangi hadiah bernilai dalam pemberian bulanan dan suku tahun seperti peranti ipad, peralatan Dyson dan sebagainya!

Sertailah program Healthgift OMRON Healthcare dan bantulah ‘hero keluarga‘ anda menjaga kesihatann­ya!

Monitor ini didaftarka­n di bawah Akta 737 dengan nombor pendaftara­n peranti perubatan: HEM-7142T1 (GB7742021-80178) Nombor kelulusan iklan: MDAMD 0009/2022

 ?? ??
 ?? ?? Lakukan pemeriksaa­n BP sekurangku­rangnya sekali atau dua kali sehari untuk mengelak risiko hidap hipertensi dan strok.
Lakukan pemeriksaa­n BP sekurangku­rangnya sekali atau dua kali sehari untuk mengelak risiko hidap hipertensi dan strok.
 ?? ?? Pemantauan lebih mudah untuk monitor BP yang bersambung dengan aplikasi OMRON Connect.
Pemantauan lebih mudah untuk monitor BP yang bersambung dengan aplikasi OMRON Connect.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia