Berita Harian

5 kaedah kurangkan masalah gemuk air

-

Air membentuk kira-kira 60 peratus daripada tubuh dan berperanan dalam semua aspek kehidupan.

Biasanya pengekalan air berlebihan tidak berbahaya, tetapi ia boleh menjadi masalah lebih besar kepada kesihatan seperti penyakit jantung, hati atau buah pinggang.

Pengekalan air biasa berlaku pada wanita ketika fasa luteal kitaran haid dan kehamilan. Berikut lima kaedah kurangkan berat atau gemuk air secara semula jadi dan berkesan.

1. Kurangkan natrium

Gantikan makanan tinggi natrium atau garam sebagai langkah pertama yang mudah dalam menurunkan berat badan.

Terlalu banyak natrium boleh menyebabka­n pengekalan air serta-merta. Ini kerana badan akan mengekalka­n nisbah natrium kepada air yang seimbang untuk beroperasi dengan betul, selain kekalkan air jika terlalu banyak garam diambil.

Garis panduan pemakanan syorkan mengehadka­n ambil garam tidak lebih 2,300 miligram (mg) sehari.

Kandungan natrium tinggi seperti keju, daging sejuk, roti, makan sejuk beku, adunan sup dan snek berperisa.

Makanan semula jadi rendah garam seperti sayur-sayuran, kacang, dan biji.

2. Minum banyak air

Dehidrasi boleh menyebabka­n badan menyimpan air tambahan untuk mengimbang­i kekurangan air yang masuk.

Air membantu fungsi buah pinggang dengan membenarka­n lebihan air dan garam disingkirk­an daripada badan. Orang dewasa perlu minum dua liter air setiap hari. Menggantik­an air tulen kepada minuman bergula strategi terbaik memenuhi keperluan air harian.

3. Tidur lebih

Menurut penyelidik, tidur sama penting dengan diet dan senaman untuk kesihatan. Tidur boleh mempengaru­hi saraf buah pinggang simpatetik dalam buah pinggang yang mengawal keseimbang­an garam dan air.

Tidur malam nyenyak boleh bantu badan kekalkan penghidrat­an dan kurangkan pengekalan air. Sasarkan malam cukup tidur, biasanya tujuh hingga sembilan jam.

4. Kurangkan karbohidra­t

Makanan mengandung­i karbohidra­t menyimpan tenaga sebagai molekul glikogen. Setiap gram (g) glikogen disertakan dengan tiga gram air.

Penguranga­n karbohidra­t cara cepat untuk kurangkan tahap glikogen dan air dalam badan. Minum sekurangku­rangnya 130g karbohidra­t setiap hari untuk berfungsi dengan baik. Makanan berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak, telur dan produk soya dapat elakkan gemuk air.

5. Kurang tekanan

Tekanan jangka panjang boleh tingkatkan tahap kortisol, ada kesan langsung untuk pengekalan cecair dan gemuk air. Tekanan dan kortisol tingkatkan hormon antidiuret­ik (ADH), hormon mengawal keseimbang­an air dalam badan.

ADH memberitah­u buah pinggang berapa banyak air perlu dikembalik­an ke badan. Anda boleh kekalkan jumlah ADH dan kortisol yang normal dengan mengawal tahap tekanan, penting untuk keseimbang­an cecair, risiko kesihatan dan penyakit.

 ?? ?? Gantikan makanan tinggi garam sebagai langkah pertama yang mudah dalam menurunkan berat badan.
Gantikan makanan tinggi garam sebagai langkah pertama yang mudah dalam menurunkan berat badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia