Berita Harian

GLA 200 selesa dan tampak mewah

SUV kompak unggul Mercedes-benz

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Selesa dan tampak mewah. Itu pandangan pertama penulis terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Mercedes-benz GLA 200 ketika diberi peluang untuk memandu ujinya baru-baru ini.

Perjalanan hampir lima jam untuk pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini tidak terasa langsung kerana begitu ‘asyik’ menikmati pemanduan dan kecanggiha­n ditawarkan SUV ini.

Malah, anak penulis sendiri mengatakan betapa selesa dia tidur sepanjang perjalanan kerana tidak berasa goyang atau membuai biarpun sewaktu penulis memecut laju.

Selain GLA 200 ini, Mercedesbe­nz Malaysia turut menawarkan dua varian lain daripada model GLA sebagai pilihan iaitu GLA 35 dan GLA 250 dengan model GLA yang dipandu uji ini adalah generasi kedua SUV yang dilancarka­n lebih setahun lalu di Malaysia.

Model GLA yang dijual di Malaysia ketika ini juga adalah model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Mercedes-benz di Pekan, Pahang.

GLA 200 yang penulis pandu uji baru-baru ini adalah yang paling asas dalam barisan yang ditawarkan. Ia dikuasakan oleh enjin 1.3 liter turbo dengan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT yang mampu menghasilk­an kuasa maksimum 163hp pada 5,500rpm dan tork tertinggi 250Nm pada 1,620 hingga 4,000rpm.

Model ini mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 8.7 saat dengan kelajuan maksimum 210km/j.

Dari segi penggunaan bahan bapremium kar, secara purata penulis menggunaka­n 7.9 liter/100 kilometer atau 12.7 km untuk setiap liter. Agak menjimatka­n dibandingk­an dengan kereta premium lain.

Menjengah ke ruang dalaman, kerusinya dibaluti kulit selain dilengkapi larasan elektrik dan fungsi memori. Antara ciri terkini ditawarkan ialah lampu suasana, roda stereng AMG super-sport pelbagai butang fungsi dengan balutan kulit Nappa dan kawalan penyaman udara Thermotron­ic automatik serta pad sesentuh multimedia pada konsol tengah.

Dilengkapi dengan papan pemuka dengan skrin paparan terapung bersaiz 10.25 inci dengan pelbagai fungsi sama seperti model Mercedes-benz kompak lain.

Unit infotainme­n juga hadir dengan fungsi sambungan Apple Carplay dan Android Auto dengan wayar. Di sebelah bawah bahagian tengah konsol papan pemuka pula terletak pengecas tanpa wayar.

Ciri mewah, unik

Selain itu, GLA 200 hadir dengan ciri-ciri bantuan parkir, kamera undur dan pintu but belakang yang boleh dikawal secara elektrik.

Di bahagian luaran pula, rekaan generasi kedua ini tampak lebih satu tona berwarna perak bersaiz 18 inci.

Bahagian lampu belakang jenis LED juga amat cantik dan menyerlah terutama pada waktu malam.

Kemasan krom pada sebelah bawah bampar belakang pula menjadi pelengkap dan memberikan imej premium pada model ini.

Secara keseluruha­n, rekaan generasi kedua ini tampak premium dan masih mengekalka­n karakter sebuah SUV.

Kapasiti ruang simpanan barang adalah lebih luas berbanding generasi sebelum ini, yang mana cukup untuk menyimpan dua bagasi dan beg lain untuk lima orang ketika pulang ke kampung baru baru ini.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? SUV kompak penuhi keperluan d j k ditambah dengan rekaan jeriji besar tampak garang di samping lampu utama jenis diod pemancar cahaya (LED) dan chrome skid
SUV kompak penuhi keperluan d j k ditambah dengan rekaan jeriji besar tampak garang di samping lampu utama jenis diod pemancar cahaya (LED) dan chrome skid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia