Berita Harian

Noryn simpan kisah peribadi

Juara GV5 elak cerita di luar kerjaya jadi bualan, beri kesan emosi

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Sejak kembali aktif kira-kira lima tahun lalu, liputan media terhadap penyanyi, Noryn Aziz lebih tertumpu kepada kerjaya seni.

Agak jarang Noryn berkongsi kisah peribadi seperti kebanyakan artis lain. Andai ditanya kepada empunya diri, Noryn atau nama sebenar, Norazmahwa­ti Abdul Aziz, 47, mengunci mulut dengan soalan terbiar tanpa jawapan.

Tidak menafikan kehidupann­ya sama seperti orang lain, di mana ada pasang dan surutnya, namun, Noryn selesa untuk tidak terlalu bercerita mengenai sisi peribadi.

“Bagi saya, kisah peribadi biarlah menjadi misteri. Kalau ada yang tahu, tahulah. Jika ada yang bertanya, saya akan jawab, namun, tidaklah terlalu terperinci.

“Cukuplah sekadar pada permukaan sahaja. Selebihnya, biarlah rahsia. Bukan mudah sebenarnya jika orang terlalu banyak bercakap pasal kisah peribadi kita.

“Sedikit sebanyak ia meninggalk­an kesan terutama pada emosi dan kesihatan mental kita,” katanya kepada HIP.

Sebagai selebriti, Noryn bersikap realistik dan faham dengan permainan dunia seni yang tidak dapat mengelak paparan kisah peribadi dalam media, selain perkembang­an kerjaya seninya.

Cuma Noryn yang ‘meledak’ dengan lagu Fantasi O Realiti tidak mampu mendedahka­n segala-galanya demi menjaga hati banyak pihak.

“Saya faham, kalau asyik nak bercerita pasal lagu, semua penyanyi keluar lagu baharu. Cuma, dalam soal ini, saya lebih selesa mengambil sikap berpada-pada.

“Lagipun, kalau asyik jual kisah peribadi, orang keliru dan tertanyata­nya artis bagaimana yang kita hendak jadi. Ini sangat tidak baik untuk jenama yang kita bina selama ini,” katanya yang juga aktif sebagai guru vokal.

Temui kebahagiaa­n sejati

Di sebalik sikap berahsia, Noryn tidak keberatan berkongsi kisah kehidupan terutama selepas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman, tiga tahun lalu.

“Akhirnya, saya temui kebahagiaa­n yang saya damba selama ini. Bukan sahaja dalam berumah tangga, malah, karier.

“Tiada yang sempurna di dunia ini. Tetapi, apa yang saya ada hari ini sudah memadai. Hidup saya semakin tenang bersama suami dan anak-anak. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Rabu lalu, penyanyi yang terkenal dengan irama jazz ini tampil dengan showcase di sebuah kafe di ibu negara.

Persembaha­n dua jam itu adalah sempena pelancaran single berjudul Kau selepas sedekad juara program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini tidak merakamkan lagu baharu.

“Selain memperkena­lkan single baharu, showcase ini bagi meraikan rakan-rakan dan media yang menyokong kerjaya seni saya selama ini.

“Insya-allah, saya bercadang mengadakan persembaha­n di lokasi yang lebih besar selepas ini,” katanya.

Dibahagika­n kepada tiga segmen, Noryn menyampaik­an 12 lagu dengan gaya tersendiri. Antara lagu didendangk­an adalah Cerita Cinta, I Am Telling You, I Have Nothing, Route 66, Kembalikan, For Once In My Life natural Woman dan Kau.

Noryn turut mengajak penonton berdansa dengannya menerusi lagu Never Gonna Give You Up, I Will Survive, The Best dan Akhirnya Kini Pasti.

Selain suami tercinta, showcase itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran rakan selebriti seperti Anuar Zain, Jaclyn Victor, Farhan AF dan ramai lagi.

 ?? (Foto ihsan Noryn Aziz) ?? Noryn lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dengan media.
(Foto ihsan Noryn Aziz) Noryn lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dengan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia