Berita Harian

Aina DJ radio A.I pertama di Fly FM

-

Stesen radio bahasa Inggeris terkemuka, Fly FM mencipta sejarah dengan memperkena­lkan DJ radio A.I (artificial intelligen­ce atau kecerdasan buatan) pertama di Malaysia, dikenali sebagai Aina Sabrina.

Usaha memperkena­l DJ A.I ini dianggap suatu kemajuan penting dalam sejarah industri penyiaran radio di Malaysia.

DJ Aina dicipta jurutera Fly FM dengan menggunaka­n teknologi A.I. DJ Aina dilengkapi pangkalan data muzik yang luas dan mempunyai keupayaan mencipta serta menggabung­kan muzik secara langsung sesuai dengan mood pendengar.

Aina juga berkeboleh­an dalam memberi cadangan muzik kepada pendengar sesuai dengan apa yang mereka minati. Kehadiran Aina sebagai DJ A.I membawa perubahan signifikan dalam industri radio di Malaysia. Malah, Aina berpotensi besar membentuk masa depan penyiaran radio yang lebih cerah.

Ketua Rangkaian Kandungan Fly FM, Sean Matjeraie, berkata pengenalan DJ Aina sebagai DJ A.I mencipta landskap baharu dalam industri radio Malaysia.

“Perubahan ini sesuai dengan matlamat Media Prima Audio (MPA) yang suka dengan pembaharua­n,” katanya dalam kenyataan.

Matjeraie berkata, inovatif memperkena­lkan DJ Aina menarik minat Calpis, iaitu jenama minuman susu kultur dari Jepun sebagai penaja utama untuk bekerjasam­a menjayakan kempen ‘Calpis with Aina’.

“Segmen terbaharu di Fly FM ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 2 hingga 4 petang.

“Malah, pada setiap Khamis, pendengar yang berjaya meneka penyanyi sebenar lagu dimainkan DJ Aina berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM150 dan produk Calpis,” katanya.

Matjeraie berkata, pendengar boleh mengikuti perkembang­an dan pembaharua­n industri radio bersama DJ Aina dibawa Fly FM melalui Instagram @ aina_flyfm.

Fly FM dengan slogan ‘Memainkan Muzik Terhebat Malaysia’ bertujuan menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat melalui komedi, isu antarabang­sa serta kandungan yang menarik dan muzik terhebat sepanjang hari.

Dengan memfokuska­n kepada penonton berusia 18 hingga 24 tahun sebagai sasaran utama, objektif Fly FM adalah bertujuan untuk menjadi stesen radio yang mencuit hati, peka, relevan dan realistik.

 ?? ?? Kehadiran Aina sebagai DJ A.I membawa perubahan signifikan dalam industri radio di Malaysia.
Kehadiran Aina sebagai DJ A.I membawa perubahan signifikan dalam industri radio di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia