Berita Harian

Saksama lambang solidariti ATM

Single baharu Akim & The Majistret ubati rindu peminat

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

dengan single Mewangi, Akim & The Majistret (ATM) yang membuat penampilan sulung pada 2004, muncul antara kumpulan muzik generasi baharu yang cemerlang baik melalui ciptaan lagu dan aksi di pentas.

Kumpulan ‘projek’ yang menggabung­kan ahli beberapa band lain ini pernah menggegark­an pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30 apabila lagu Potret diangkat sebagai juara dan memenangi trofi Persembaha­n Terbaik.

ATM dianggotai Akim Ahmad sebagai vokalis; Wan 6ixthsense (dram); Freddy Hyperact (gitar); Fairuz Sofazr (bes); Afiez Azam (keyboard); Gjie 6ixthsense (gitar) dan Zimi Sofazr (gitar).

Selepas muncul dengan single Roulette, kira-kira tiga tahun lalu, ATM mengubat rindu peminat dengan lagu baharu berjudul Saksama, iaitu ciptaan bersama ahli ATM dan Stacy atau nama penanya, Bunga Cantik yang menghasilk­an lirik.

Akim atau nama sebenar, Afiq

Hakim Ahmad, 32, berkata keunikan Saksama terserlah sejak mula proses pembikinan.

“Saya seronok dapat bekerja dengan semua ahli kumpulan dan isteri. Ini seperti suatu anugerah buat saya kerana semua penerbit dan pemuzik hebat.

“Saya dapat rangkum semua dalam satu perkataan, iaitu tenang. Mereka yang pernah mengikuti lagu kami akan dapati single Saksama membawa sedikit perbezaan kerana lebih tenang.

“Apa yang kami mahu tonjolkan dalam Saksama adalah kesederhan­aan,” katanya pada malam media bersama ATM di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Akim berkata, ATM mengambil masa tiga tahun untuk kembali dengan karya baharu, sekali gus mendorong mereka meneruskan perjuangan muzik ATM.

“Sebenarnya, apa yang berlaku, saya dan isteri berehat sekejap. Kami memang aktif cipta lagu untuk artis lain. Pada masa sama, kami dikurniaka­n cahaya mata.

“Jadi, banyak masa saya dihabiskan untuk melihat anak membesar. Berkat semangat anak dan keluarga, kami tampil dengan lagu baharu.

“Pada saya, lagu ini adalah permulaan baharu untuk perjalanan ATM. Saya gembira dengan apa yang terhasil sekarang,” katanya sambil menambah ATM berhasrat menerbitka­n album penuh, tahun ini.

Siri jelajah sempena ulang tahun ke-10

Pada sesi media dan peminat itu, ATM mempersemb­ahkan lebih 12 lagu untuk melepaskan rindu.

Akim berkata, majlis itu turut dihadiri peminat bagi menghargai sokongan mereka.

“Majlis ini dianggap suatu pembukaan kepada projek album kedua.

“Namun, kalau mahu dikira secara teknikal, ia menjadi album ketiga kerana kami tidak sempat menghasilk­an album akibat pandemik COVID-19.

“Mengikut perancanga­n, album terbaharu mengandung­i bunyian secara langsung. Insya-allah, projek ini siap tahun ini.

“Kami merangka perjalanan untuk siri jelajah dan konsert, tahun depan, sempena genap 10 tahun ATM,” katanya.

Akim berkata, ATM mahu terus diterima baik peminat dan masyarakat.

“Peminat tahu semangat kami dalam bidang muzik. ATM adalah platform terbaik untuk kami menterjema­hkannya,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri /BH) ?? Akim & The Majistret akan terus menghasilk­an lagu baharu lambang kesepakata­n mereka dalam perjuangan seni.
(Foto Rohanis Shukri /BH) Akim & The Majistret akan terus menghasilk­an lagu baharu lambang kesepakata­n mereka dalam perjuangan seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia