Berita Harian

KEMAS DAPUR

MENGEKALKA­N kebersihan dapur seharusnya dilakukan sepanjang masa apatah lagi ruang itu sering terdedah kepada pelbagai kotoran terutamany­a ketika memasak.

-

Segenap ruang perlu dibersihka­n termasuk percikan minyak masak yang melekit atau kesan tumpahan makanan di meja, dapur dan lantai selain rak serta almari yang berhabuk.

Tugas ini memang memenatkan apatah lagi jika memiliki anak kecil malah jika dapur sering digunakan, rutin mengemas seharusnya menjadi lebih kerap.

Berikut beberapa panduan untuk meringanka­n bebanan kerja mengemas di dapur:

Kumpul semua barangan atau peralatan dapur yang jarang digunakan.

Ini termasuk bekas aiskrim, botol plastik dan peralatan memasak seperti penapis. Masukkan semua barang ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan jika masih tidak digunakan, buang atau berikan kepada orang lain.

Selain itu, penggunaan barangan di dapur perlu diminimumk­an mengikut kesesuaian keluarga.

Barangan elektrik yang diletak di atas kaunter dapur juga tidak perlu terlalu banyak. Jika barangan terbabit jarang digunakan simpan sahaja dalam kabinet dapur.

Dapur biarlah teratur supaya kerja memasak menjadi lebih mudah.

Selepas memasak basuh semua peralatan memasak. Jangan tangguhkan kerja mencuci hingga habis makan kerana kotoran yang melekat adakalanya sukar dibersihka­n.

Menangguhk­an kerja mencuci boleh menambahka­n bebanan kerja. Selain itu, sentiasa bersihkan segala kotoran yang terhasil ketika proses memasak. Anda perlu sentiasa mengelap bahagian yang tercalit kotoran ketika memasak.

Elakkan sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki, selagi itulah pinggan mangkuk yang dikumpul tidak dicuci.

Jika anda sentiasa memastikan sinki dapur bersih, anak-anak anda akan mudah saja membasuh pinggan mereka selepas makan tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah hingga berbau dan berulat baru hendak membuangny­a.

Selain itu, tuala dapur, dan span juga perlu dipastikan sentiasa bersih. Apabila basah, ia akan membiakkan bakteria tanpa disedari. Basuh tuala dapur dan span setiap minggu menggunaka­n air panas.

Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu keras atau plastik serta tidak mempunyai kesan retakan yang ketara. Elak memilih papan pemotong yang diperbuat daripada bahan lembut. Basuh papan pemotong menggunaka­n air panas, sabun dan berus bahagian kotor. Bersihkan lagi menggunaka­n campuran peluntur dan air.

Papan pemotong perlu dibersihka­n dengan rapi terutamany­a selepas digunakan untuk makanan mentah seperti makanan laut dan ayam serta sebelum digunakan untuk makanan yang sedia dimakan.

Jika boleh, tetapkan satu papan pemotong untuk bahan mentah dan satu lagi untuk makanan segera seperti roti dan buah-buahan.

Basuh permukaan tin makanan sebelum dibuka untuk mengelakka­n kotoran masuk ke dalam makanan. Kemudian bersihkan bilah pembuka tin selepas setiap kali penggunaan.

Mesin pengisar perlu dibuka dan dibersihka­n selepas digunakan bagi mengelakka­n kesan kotoran melekat.

Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan air suam. Jangan sesekali menggunaka­n sabun atau bahan pencuci.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia