Berita Harian

Lukaku tetap laku

- AGENSI

Milan: AC Milan dijangka akan menawarkan 40 juta euro (RM203.81 juta) untuk mendapatka­n pemain Chelsea, Romelu Lukaku.

Kelab Serie A itu masih di peringkat awal dalam usaha mereka untuk membawa Lukaku - yang dipinjamka­n ke Inter Milan musim lalu - untuk menyertai Rosoneri musim depan.

Kurang sebulan lalu, Lukaku beraksi di pentas final Liga Juarajuara Eropah bersama Inter menentang Manchester City.

Kesetiaann­ya terhadap seteru Milan itu tidak berbelah bagi, namun spekulasi terbaru itu mungkin akan mencetus kontrovers­i di kota Itali berkenaan.

Masa depan Lukaku di Stamford Bridge dilihat semakin suram walaupun kontraknya bersama kelab itu masih panjang.

Chelsea sudah di peringkat akhir untuk mendapatka­n khidmat Nicolas Jackson, yang akan menerajui jentera serangan mereka musim depan.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu perlu melepaskan Lukaku bagi mengawal perbelanja­an mereka, tetapi sehingga kini belum ada kelab yang membuat tawaran untuknya.

Lukaku turut dikaitkan dengan perpindaha­n ke Arab Saudi, namun penyerang Belgium itu tidak berminat untuk menyertai rakan sepasukan Chelsea, N‘golo Kante yang menyertai Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema di Liga Pro Saudi. Lukaku lebih berminat menjadi pemain tetap Inter, namun kelab Itali itu tidak mampu membayar 40 juta euro (RM203.81 juta) kepada Chelsea.

Kini hanya AC Milan bersedia membayar harga berkenaan dan Lukaku bakal berdepan dilema untuk menerima tawaran berkenaan yang akan merosakkan hubunganny­a dengan peminat Inter. Milan mempunyai kekosongan di barisan depan selepas persaraan Zlatan Ibrahimovi­c. Mereka juga berkemampu­an untuk berbelanja selepas menjual Sandro Tonali kepada Newcastle.

 ?? ?? Romelo Lukaku
Romelo Lukaku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia