Berita Harian

Pertembung­an ‘Biru-merah’ dijangka hangat

-

Aksi separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan Selangor FC (SFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Isnin ini dijangka ‘panas’ dan juga rancak.

Skuad Harimau Selatan turun dengan misi mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi edisi lalu sementara 'The Red Giants' memburu kejuaraan Piala FA buat kali keenam sekali gus berpeluang menjadi juara terbanyak.

Bukan setakat menampilka­n pertembung­an antara dua pasukan terbaik dalam negara ini memandangk­an dua pasukan itu menghuni kedudukan satu dan dua di carta Liga Super.

Malah tumpuan turut terarah kepada persaingan membabitka­n ‘penembak tepat’ dan ‘arkitek’ pasukan yang jelas menjadi antara faktor utama mereka berjaya memperaga aksi cemerlang sehingga hari ini.

Skuad bimbingan Esteban Solari pasti menyandark­an harapan kepada gandingan berbisa mereka iaitu Fernando Forestieri dan juga Bergson da Silva.

Dengan 15 gol daripada Forestieri untuk muncul selaku penjaring terbanyak Liga Super dan sembilan gol daripada Bergson, duo itu sudah mencetak 24 gol buat JDT dalam Liga Super.

Mereka juga boleh berbangga dengan perancang mereka iaitu Arif Aiman Hanapi yang melakar sembilan bantuan gol selain Forestieri yang membuktika­n bukan hanya mampu meledak gol tetapi mampu mencipta gol dengan tujuh bantuan gol.

Jika JDT ada Forestieri dan Bergson, SFC juga tidak kurang hebatnya dengan prestasi ditunjukka­n Ayron del Valle yang mencetak 13 gol pada musim pertama dalam kancah bola sepak tempatan.

Namun, Ayron perlu bekerja lebih keras sekiranya mahu membolosi gawang JDT memandangk­an benteng JDT pada musim ini cukup ampuh dan hanya tewas menerusi situasi bola mati.

Pemain kebangsaan, Faisal Halim menyumbang tujuh gol selain melakukan enam bantuan gol dalam aksi Liga Super - mereka juga memiliki Mukhairi Ajmal Mahadi yang berjaya menjaringk­an tiga gol dalam Piala FA setakat ini.

 ?? (Foto ihsan FB JDT ?? Pemain JDT menjalani latihan menjelang separuh akhir Piala FA, Isnin ini.
(Foto ihsan FB JDT Pemain JDT menjalani latihan menjelang separuh akhir Piala FA, Isnin ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia