Berita Harian

TFC harap bantuan ‘pemain ke-12’

Aksi laman sendiri suntik semangat ke final

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@bh.com.my

Kuala Terengganu: Sekalipun beraksi di tempat sendiri, kapten Terengganu FC (TFC), Habib Haroon tidak berasakan tugas mudah buat dia dan rakan sepasukann­ya untuk menumbangk­an Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir Piala FA, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, esok.

Sebaliknya pemain kelahiran

Manama, Bahrain itu menegaskan bahawa tugas sukar bakal menanti pasukannya lebih-lebih lagi rekod dalam saingan Liga Super pusingan pertama musim ini di Kuala Terengganu menyaksika­n kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Bagaimanap­un ‘arkitek’ berusia 23 tahun itu tanpa berselindu­ng mengakui pasukannya memiliki sedikit kelebihan apabila ‘pemain ke-12’ bakal membanjiri stadium selepas terkini 15,000 tiket dalam talian sudah habis terjual.

Kekuatan seimbang

“Atas kertas sudah pasti keduadua pasukan dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang terutama jika rekod dalam aksi pusingan pertama Liga Super menjadi ukuran yang berakhir dengan keputusan 0-0.

“Namun, pasukan kami mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri di depan ribuan penyokong setia jadi, situasi itu nanti sudah pasti menyuntik semangat kami untuk melangkah ke final, sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu.

“Bagaimanap­un saya ingatkan diri dan rakan sepasukan agar berwaspada dengan taktikal lawan yang mempunyai misi sama, dalam bola sepak menang kalah adalah adat pertanding­an, tapi kami perlu memanfaatk­an peluang beraksi di tempat sendiri dengan aksi terbaik,” kata Habib yang sudah tiga musim menyarung jersi TFC.

Ketika ditanya aksi penyerang

Harimau Malaya, Paulo Josue yang semakin menyerlah, terutama selepas menjaringk­an empat gol buat pasukan kebangsaan dalam dua aksi persahabat­an antarabang­sa baru-baru ini, Habib berkata, pemain itu perlu dirantai pergerakan­nya.

“Kami mempunyai pertahanan yang baik, jadi saya percaya rakan sepasukan mampu menyekat pemain itu daripada bergerak bebas, terutama dalam kawasan penalti.

“Lagipun ketua jurulatih, Tommy (Tomislav Steinbruck­ner) mempunyai strateginy­a yang tersendiri dalam perlawanan itu nanti, dengan sokongan padu peminat setia dan ditambah keazaman yang tinggi pemain, kami harap mampu melakar kemenangan,” katanya.

 ?? ?? Habib Haroon (kanan) anggap beraksi dilaman sendiri jadi kelebihan.
Habib Haroon (kanan) anggap beraksi dilaman sendiri jadi kelebihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia