Berita Harian

RTG mampu bantu hoki menang emas

-

Penyenarai­an skuad hoki kebangsaan dalam program Road to Gold (RTG) dibuat bagi membantu pasukan itu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou, sekali gus layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengerusi bersama Jawatankua­sa RTG yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata temasya di Hangzhou yang dijadual berlangsun­g, September depan adalah laluan paling mudah buat skuad hoki mengesahka­n tiket ke Paris.

“Hoki sekarang berada di ranking ke-10 dunia dan sebab apa mereka disenaraik­an dalam RTG kerana kita berpendapa­t dengan kemudahan yang ada beri cetusan inspirasi untuk push menang emas di Sukan Asia.

“Apabila menang terus layak ke Olimpik. Jika berada dalam kedudukan 10 atau lima jadinya kita letak awal (dalam RTG).

“Sukan Asia adalah paling mudah untuk mereka layak ke Olimpik,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Olimpik 2023 di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib dan Olimpian negara termasuk jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasn­i Awang; bekas juara dunia terjun, Cheong Jun Hoong; bekas atlet lompat bergalah, Roslinda Samsu; bekas atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei dan bekas pemain badminton, Koo Kien Keat.

Mengulas lanjut, Norza percaya kehadiran skuad hoki di pentas Olimpik akan menjadikan kontinjen negara lebih besar dan bakal memberi banyak kelebihan kepada Malaysia.

“Kontinjen negara akan lebih besar berbanding purata dengan hanya 20 hingga 30 peserta sahaja sebelum ini.

“Apabila kontinjen melebihi 50 orang ada kelebihan lain seperti dapat lebih akreditasi dan orang akan lebih pandang.

“Jika hanya 20 hingga 30 orang sahaja menyebabka­n pihak lain cakap Malaysia ada atau pun tidak di temasya itu,” katanya.

Hoki adalah acara berpasukan pertama disenaraik­an dalam program RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 selepas badminton, terjun dan berbasikal berada dalam program berkenaan.

Sebelum ini, pemerhati sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli mempersoal­kan keputusan jawatankua­sa RTG yang menyenarai­kan hoki dalam program berkenaan yang didakwa sudah lari daripada matlamat asalnya iaitu bagi memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Katanya, secara realistikn­ya, hoki sukar untuk memenangi pingat emas di temasya berkenaan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamad Norza (berdiri, empat dari kiri) pada Sambutan Hari Olimpik 2023 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamad Norza (berdiri, empat dari kiri) pada Sambutan Hari Olimpik 2023 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia