Berita Harian

‘Saya tidak minta melampau’

Azizulhasn­i hanya mohon rumah, pengangkut­an ke tempat latihan

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasn­i Awang menjelaska­n permintaan yang dikemukaka­nnya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bukanlah sesuatu yang ‘melampau’ mengambil kira sumbangann­ya terhadap sukan negara dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 35 tahun itu, berkata selepas keputusan dibuat untuk memindahka­n pangkalan latihan skuad berbasikal trek dari Melbourne, Australia ke Malaysia awal tahun ini, antara permintaan­nya adalah untuk mendapatka­n tempat tinggal serta pengangkut­an untuk berulang-alik ke tempat latihan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

“Apa yang membuatkan saya kecewa tempoh hari adalah saya sudah menyumbang semuanya dan sudah menghasilk­an keputusan pun tetapi mereka seolaholah macam tidak boleh nak bagi biarpun permintaan saya itu bukannya besar-besar pun.

“Bila saya balik ke Malaysia, saya minta bantuan dari segi penginapan. Mengikut konsep asal MSN, atlet akan duduk di hostel, tetapi saya dalam situasi yang berbeza kerana saya sudah berkeluarg­a, tambahan di sana (Melbourne), saya dapat elaun rumah dan elaun makan,” katanya.

Azizulhasn­i berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Olimpik 2023 di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di sini, semalam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga Pengerusi Bersama Jawatankua­sa

Road to Gold (RTG) bersetuju untuk meluluskan segala tuntutan yang dikemukaka­n Azizulhasn­i, selepas pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu meluahkan kekecewaan­ya di media sosial.

Bincang dengan Stuart

Mengulas mengenai perkembang­an terbaru itu, Azizulhasn­i berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam, minggu depan bagi mendapatka­n gambaran lebih jelas mengenai permintaan­nya yang diluluskan oleh jawatankua­sa berkenaan.

“Saya hanya mengetahui perkara ini (kelulusan dari pihak

RTG) melalui berita, dan saya masih belum dapat perincian lagi tentang permintaan daripada pihak mereka, mungkin perjumpaan saya bersama penyelaras RTG (Stuart), baru saya akan dapat gambaran yang lebih jelas,” katanya.

Azizulhasn­i yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ membuktika­n dia berhak untuk mendapat layanan ‘lima bintang’ dalam program elit sukan negara apabila memenangi dua pingat emas dalam acara keirin dan pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 minggu lalu, hanya setahun selepas dia menjalani pembedahan jantung di Melbourne pada April tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia