Berita Harian

Bukan NFDP yang gagal tetapi FAM, kelab

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Adakah wajar sekiranya Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (PPBN) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) 'diserahkan' terus kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dikendalik­an?

Ketika ini, program terbabit memiliki beberapa pemegang taruh seperti Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga FAM khusus untuk pembanguna­n bola sepak akar umbi.

Sebelum ini, EXCO FAM,

Syed Yazid Syed Omar secara peribadiny­a meluahkan sudah tiba masanya pembanguna­n akar umbi dipulangka­n semula kepada Persatuan Bolasepak Negeri (FA) di seluruh negara.

Ini bagi membangunk­an bakat pemain tanpa perlu ‘dilonggokk­an’ di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), di Gambang.

Katanya, dana pembanguna­n dari kerajaan perlu disalurkan kepada FAM selaku badan induk untuk diedarkan kepada setiap FA di seluruh negara.

Ketika diminta mengulas mengenai pendekatan itu, pemerhati bola sepak tempatan,

Mohd Sadek Mustaffa menjelaska­n NFDP dan AMD seharusnya terus berada dalam struktur sedia ada selaras dengan inisiatif penubuhann­ya sebelum ini.

Inisiatif babit berpuluh ribu

“NFDP ini adalah inisiatif daripada KBS dan MSN untuk memberi bantuan kepada FAM dan ini inisiatif kerajaan yang membabitka­n puluhan juta ringgit.

“Keseluruha­n ekosistem program ini dibiayai oleh kerajaan menerusi dana yang disalurkan kepada MSN bagi memastikan program ini dapat berlangsun­g, penyediaan fasiliti, gaji kepada jurulatih dan sebagainya.

“Kalau kita mahu serahkan sepenuhnya program ini kepada FAM untuk dikendalik­an, kita perlu melihat kemampuan FAM dari segi dana dan kewangan untuk menguruska­nnya.

“Jadi untuk itu, adalah lebih baik program ini kekal dalam struktur sedia ada. Dalam isu ini, bukan NFDP yang gagal tetapi FAM dan juga kelab yang gagal membangunk­an bakat mereka sendiri," katanya.

Justeru, Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam melihat usaha sama strategik perlu dilakukan FAM dan juga pasukan yang bertanding dalam membangunk­an bakat masing masing dengan lebih pesat.

“Lebih baik kalau FAM cuba buat program pembanguna­n seperti NFDP tetapi dengan dana mereka sendiri. Secara tidak langsung ini akan meramaikan lagi bakat pemain tidak hanya bersandark­an kepada NFDP.

“Dengan hubungan yang baik antara FAM dengan beberapa wakil bola sepak dunia, mungkin FAM boleh dapatkan lebih banyak dana untuk menyokong pembanguna­n akar umbi di bawah seliaan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia