Berita Harian

Latihan industri gilap kemahiran insaniah pelajar

- Nursyuhada’ Ab Wahab, Universiti Sains Islam Malaysia

Antara komponen wajib yang perlu dilengkapk­an oleh setiap mahasiswa sebelum bergraduan adalah latihan industri atau kerap juga disebut sebagai praktikal.

Latihan industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi. Selain itu, ia juga sebenarnya ruang terbaik untuk mahasiswa mempraktik­kan ilmu dan teori yang dipelajari sepanjang pengajian.

Selain itu latihan industri ini adalah medan untuk pelajar membina dan memperkuku­hkan kemahiran insaniah. Malah, ia sebenarnya sama pentingnya dengan segulung ijazah yang diidamkan dalam kelangsung­an hidup mereka sebaik sahaja tamat pengajian di universiti.

Kemahiran insaniah bermaksud, kebolehan seseorang membina hubungan dengan diri sendiri dan persekitar­annya. Ia merangkumi kemahiran intraperso­nal dan interperso­nal seperti kebolehan berkomunik­asi, penampilan serta keyakinan diri, kerja berpasukan selain kemampuan menguasai pelbagai bahasa, kebijaksan­aan menjaga perhubunga­n dengan orang lain dan sebagainya.

Jadi, dalam konteks ini pelajar perlu melengkapk­an diri mereka dengan kemahiran insaniah sepanjang berada dalam pengajian. Menguasai kemahiran insaniah dengan baik akan melengkapk­an lagi diri mereka sebagai mahasiswa dan memberi tambah nilai dalam kebolehpas­aran.

Latih kerja berpasukan

Justeru, latihan industri yang berlangsun­g mungkin antara tiga hingga enam bulan adalah tempoh terbaik untuk mereka melengkapk­an diri dengan komunikasi insaniah. Jadi sepanjang latihan industri mereka perlu belajar berkomunik­asi dengan baik.

Mereka perlu ingat, yang dihadapi bukan lagi kawan sekelas atau pensyarah sebaliknya adalah majikan dan rakan sekerja. Justeru, penggunaan bahasa yang sopan dan berkomunik­asi dengan jelas dapat membantu mereka melaksanak­an tugasan dengan baik.

Latihan industri juga adalah ruang untuk belajar cara kerja berpasukan. Ia adalah medan untuk mendengar dengan baik, menerima arahan dan seterusnya melaksanak­an tugasan secara berpasukan. Justeru, pelajar perlu memainkan peranan sebagai ahli pasukan yang berkomitme­n tinggi bukan sahaja sepanjang latihan industri malah apabila menceburi dunia pekerjaan yang sebenar kelak.

Paling utama mereka juga perlu membina hubungan yang baik sesama kakitangan. Keadaan ini akan mewujudkan persekitar­an harmoni dan memupuk semangat setia kawan yang tinggi.

Justeru, sebelum melangkah keluar kampus untuk menjalani latihan industri, mereka perlu bersiap sedia untuk membawa bersama kemahiran insaniah. Pensyarah dianjurkan untuk menerapkan seterusnya menggilap kemahiran ini dalam kalangan pelajar.

Pihak universiti juga boleh mengambil bahagian dengan penganjura­n pelbagai aktiviti untuk memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa. Selain itu, ibu bapa juga harus lebih berperanan dalam menyokong usaha murni demi kebaikan dan masa depan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia