Berita Harian

‘Sukar ramal kemenangan BN atau PN di PRK Pelangai’

-

Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai disifatkan kubu kuat Barisan Nasional (BN), bekas Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob yang lebih 36 tahun berkhidmat di situ sukar meramal siapa akan menang pada PRK DUN berkenaan hari ini.

Ahli politik veteran itu berkata, beliau sukar meramalkan sama ada DUN Pelangai akan kekal milik BN atau beralih arah kepada Perikatan Nasional (PN).

Adnan berkata, sikap itu berdasarka­n pemerhatia­nnya sendiri sejak turun berkempen di lapangan bermula Selasa lalu, bagi membantu jentera BN terutama calon, Datuk Amizar Abu Adam.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai lapan penggal itu berkata, kedua-dua parti yang bertanding membawa isu tiada kaitan dengan kawasan berkenaan terutama ketika berceramah apabila kebanyakan­nya gemar menyentuh isu di peringkat persekutua­n.

“Saya mula turun sejak Selasa, Rabu dan Khamis. Sekarang ini apabila orang itu beri tahu (peluang menang) 50-50, maknanya orang itu tidak tahu. Jangkaan 50-50 itu adalah kata-kata yang selamat untuk semua orang.

“Pada saya setakat hari ini kedudukan yang sebenar belum dapat dipastikan lagi,” katanya ketika ditemui ketika berkunjung ke Bilik Gerakan BN Kampung Lembah Jaya, di sini kelmarin.

Kempen belum menyeluruh

Mengulas faktor yang menyumbang kepada keputusan yang masih lagi samar-samar, Adnan yang mesra disapa ‘Long Nan’ berkata liputan kempen masih ada kelomponga­n kerana terdapat kawasan atau rumah yang belum dikunjungi, dalam usaha mendekati seramai mungkin pengundi di DUN Pelangai.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah sukar untuk membuat penilaian kerana berdepan dengan kekurangan ‘dapatan’ menerusi hasil tinjauan setempat.

“Pertama, kita belum habis lagi merayau rumah ke rumah. Kedua pula saya tengok ceramah-ceramah pun lebih banyak menjurus hal yang besar, hal yang tidak berkaitan sangat dengan rakyat di bawah.

“Maknanya (ada jadikan modal ceramah) di Pelangai ini tidak ada kemajuan sepanjang 40 tahun lalu,” katanya.

Adnan berkata, PRK kali ini bukan soal kerajaan memandangk­an yang lebih mustahak adalah keputusan hari ini bakal menentukan hala tuju parti.

Beliau berkata, menang atau kalah adalah lumrah dalam kancah politik dan masing-masing

perlu bermuhasab­ah untuk memperbaik­i parti dan tampil dengan lebih kuat pada pilihan raya akan datang.

“Dalam politik ini tidak ada bagi peluang atau tak bagi peluang. Kalau misalnya UMNO kalah, UMNO kena bekerja kuat untuk mencari pengaruh. Kalau

misalnya PN pula kalah, PN pun kena sedar diri.

“Maksudnya kempen-kempen selama ini tidak menjadi. Cari jalan, cara baharu, soal naratif tak timbul. Yang penting kita memilih wakil rakyat, betul bukan memilih kerajaan tetapi memilih wakil rakyat,” katanya.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Adnan ketika meninjau Bilik Gerakan BN Kampung Lembah Jaya di Bentong, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Adnan ketika meninjau Bilik Gerakan BN Kampung Lembah Jaya di Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia