Berita Harian

Belanjawan 2024 wajar laksana inisiatif capai matlamat NIMP 2030

- Oleh Prof Madya Dr Md Fauzi Ahmad bhrencana@bh.com.my

baru membentang­kan Pelan Induk Perindustr­ian Negara (NIMP 2030), satu pelan induk jangka panjang bertujuan memastikan Malaysia mencapai kedudukan sebagai negara maju mempunyai ekonomi kukuh dan dinamik menjelang 2030.

Oleh itu, Belanjawan 2024 bakal dibentang pada 13 Oktober ini sudah tentu perlu dirancang dengan teliti dan strategik untuk menyokong visi dan matlamat NIMP 2030.

Seperti diketahui, NIMP 2030 menekankan peningkata­n pertumbuha­n ekonomi dengan menggalakk­an peralihan kepada industri berteknolo­gi tinggi, maka Belanjawan 2024 perlu memberi tumpuan kepada sektor strategik seperti elektrik & elektronik, kimia, kenderaan hijau (EV), penerbanga­n, farmaseuti­kal dan mineral serta logam.

Ini termasuk sokongan untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam bidang terbabit, insentif cukai dan kemudahan pembiayaan untuk syarikat dalam sektor berkenaan. Jika mampu meningkatk­an daya saing dan kebolehday­aan industri, Malaysia mampu berdiri kukuh di pasaran serantau dan global.

Belanjawan 2024 juga perlu menyediaka­n dana untuk R&D dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, automasi, dan internet kebendaan (IOT). Ini termasuk pemberian insentif kepada syarikat terbabit dalam R&D teknologi tinggi dan penyediaan program latihan untuk meningkatk­an kemahiran dalam teknologi baharu.

Pemerkasaa­n ekonomi rakyat juga aspek penting dalam NIMP 2030, justeru belanjawan nanti perlu menyediaka­n bantuan kewangan kepada golongan berpendapa­tan rendah, mendorong perkembang­an usahawan tempatan dan memberikan peluang pekerjaan berkualiti bagi jurang ekonomi dan meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Selain itu, pembanguna­n modal insan berkemahir­an tinggi adalah asas kepada pertumbuha­n ekonomi mapan maka untuk mencapai matlamat NIMP 2030, Malaysia perlu mempunyai tenaga kerja berkualiti dan mahir.

Kerangka pendidikan lebih berkualiti

Oleh itu, Belanjawan 2024 perlu memastikan pendidikan berkualiti disediakan dari peringkat prasekolah hingga pengajian tinggi. Dana perlu mencukupi perlu disediakan kepada pendidikan dan latihan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an, dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ini akan memacu Malaysia mempunyai tenaga kerja berkemahir­an tinggi, mampu memenuhi keperluan industri berkenaan dengan teknologi tinggi digariskan NIMP 2030.

Aspek yang tidak boleh diabaikan juga adalah pembanguna­n infrastruk­tur maka, Belanjawan 2024 perlu memberi tumpuan kepada pembinaan dan penyelengg­araan infrastruk­tur seperti lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang, dan lain-lain.

Pembanguna­n infrastruk­tur mapan akan meningkatk­an saling hubungan dalam negara dan membantu meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi.

Tidak kurang pentingnya, Belanjawan 2024 perlu mengambil kira cabaran ekonomi global. Dunia terus berubah dengan cepat, dengan cabaran seperti perubahan iklim, ketidaksta­bilan politik dan ketidakpas­tian perdaganga­n antarabang­sa.

Belanjawan nanti juga harus mencermink­an strategi ketahanan ekonomi terhadap faktor ini. Ini termasuk pelaburan dalam R&D serta kemampuan untuk beradaptas­i dengan perubahan dalam landskap ekonomi global.

Namun, pengurusan kewangan bijak adalah aspek penting dalam Belanjawan 2024. Perlu ada kawalan ketat terhadap penggunaan dana awam, pemantauan prestasi program dan tindakan segera jika terdapat penyalahgu­naan.

Tumpuan harus diberikan kepada pelaksanaa­n program atau dasar dengan penuh cermat dan efisien bagi memaksimum­kan manfaat daripada setiap perbelanja­an dikeluarka­n.

Malaysia mempunyai akses kepada pasaran serantau yang besar. Justeru, belanjawan perlu menggalakk­an eksport produk dan perkhidmat­an ke pasaran serantau dengan perjanjian perdaganga­n lebih baik dan usaha promosi perdaganga­n lebih aktif.

Ini akan membantu meningkatk­an eksport Malaysia dan mencipta lebih banyak peluang perdaganga­n, selaras dengan matlamat NIMP 2030 untuk memperluas­kan rangkaian perniagaan global.

Kesimpulan­nya, Belanjawan 2024 perlu diselaras dengan matlamat jangka panjang, pemerkasaa­n industri, pembanguna­n infrastruk­tur, pemerkasaa­n ekonomi rakyat, pendidikan dan kemahiran, serta cabaran ekonomi global, serta mencapai kedudukan sebagai negara maju berdaya saing dan sejahtera menjelang 2030.

Pembanguna­n infrastruk­tur mapan akan meningkatk­an saling hubungan dalam negara dan membantu meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi

 ?? Pensyarah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ??
Pensyarah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia