Berita Harian

Top Glove rekod kerugian RM454.01 juta

Catat pendapatan RM475.87 juta merosot 52 peratus berbanding RM989.94J pada suku sama 2022

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM454.01 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2023, 88.46 peratus lebih besar berbanding kerugian bersih RM52.39 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Kerugian bersih yang lebih tinggi itu disumbangk­an oleh rosot nilai yang tinggi yang mana jika tanpa rosot nilai berkenaan, kumpulan berkenaan merekodkan kerugian bersih sebanyak RM65 juta pada suku dikaji.

Pendapatan­nya bagi suku dikaji adalah RM475.87 juta, merosot hampir 52 peratus berbanding RM989.94 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Bagi prestasi penuh tahun kewangan 2023, kumpulan mencatatka­n pendapatan sebanyak RM2.26 bilion dan kerugian bersih sebanyak RM887 juta.

Tanpa rosot nilai berkenaan, kerugian bersihnya adalah RM498 juta.

Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan, berkata prestasi kumpulan dalam suku keempat 2023 adalah mengalakka­n memandangk­an persekitar­an yang tidak menentu, yang terus memberi kesan terhadap industri sarung tangan.

“Ini terutama adalah hasil daripada pelan pemulihan kami dan akan terus meneruskan strategi yang telah ditetapkan untuk mencapai semula kedudukan kami dan mempercepa­tkan pemulihan.

“Memandang ke hadapan, kami percaya bahawa inventori yang disimpan daripada masa pandemik hampir berada di tahap penghabisa­n, seiring dengan permintaan sarung tangan yang lebih rendah sejak dua tahun lalu.

“Sebaliknya, penggunaan sarung tangan telah meningkat pasca pandemik, berikutan tahap kebersihan dan kesedaran kesihatan yang makin meningkat. Dengan ini, kami percaya bahawa permintaan sarung tangan akan meningkat secara beransur-ansur pada masa hadapan,” katanya pada taklimat mengenai keputusan kewangan Top Glove secara maya, semalam.

Tingkat kualiti

Cheong Guan berkata, pada suku tahun akan datang, tumpuan kumpulan adalah untuk meningkatk­an prestasi perniagaan teras sarung tangannya, terutamany­a melalui inisiatif peningkata­n kualiti dan penguranga­n kos serta berinovasi, untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Beliau berkata, kumpulan mengekalka­n pandangan positif terhadap prospek industri kerana sarung tangan adalah barangan keperluan asas dalam industri kesihatan, perindustr­ian dan makanan, dengan penggunaan tunggal dan tanpa pengganti yang berdaya maju.

“Ini adalah petanda yang kukuh mengenai pertumbuha­n permintaan berterusan untuk sarung tangan. Kami percaya bahawa prospek jangkamasa sederhana dan panjang bagi sektor sarung tangan kekal kukuh.

“Kami telah memerhati peningkata­n dalam volum jualan bulan ke bulan, menunjukka­n bahawa inventori sarung tangan pelanggan kami hampir habis.

 ?? ??
 ?? ?? Lim Cheong Guan
Lim Cheong Guan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia