Berita Harian

Delta Mekong mungkin kehabisan pasir 2035

Aktiviti melombong sehingga 55 juta meter padu setahun dijangka hanya bertahan sehingga sedekad

-

Hanoi: Delta Mekong di Vietnam mungkin kehabisan pasir menjelang 2035 susulan aktiviti perlombong­an pasir dan pembinaan empangan yang memusnahka­n kawasan subur, sekali gus meletakkan tanaman dan ekonomi dalam risiko.

Delta Mekong, kawasan padat biodiversi­ti di Sungai Mekong yang mengalir ke Laut China Selatan, menyediaka­n sumber makanan serta mata pencarian untuk puluhan juta penduduk.

Empangan kuasa hidro yang berada lebih jauh di hulu Sungai Mekong mengurangk­an aliran pasir ke hilir dan berperanan utama dalam penurunan pasir di bawah dasar sungai.

Menurut laporan utama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), perlombong­an pasir bagi sektor pembinaan Vietnam yang sedang berkembang pesat mampu menghabisk­an sumber dengan cepat.

Laporan Sand Budget for Viet Nam Mekong Delta menyatakan pada kadar pengekstra­kan semasa berjumlah 35 hingga 55 juta meter padu setahun, ‘stok dari dasar sungai’ itu hanya boleh bertahan sehingga sedekad.

Pengarang bersama laporan, Sepehr Eslami berkata kepada AFP, jika pasir kehabisan, akan ada peningkata­n 10 peratus di kawasan yang terjejas oleh penceroboh­an garam - fenomena yang mengakibat­kan kerosakan besar pada tanaman padi di Mekong.

Eslami berkata, penipisan pasir juga akan membawa kepada ‘hakisan tebing sungai yang lebih besar dan air pasang yang lebih serius yang membawa kepada lebih banyak banjir dan hakisan’.

Ancaman kenaikan paras laut

WWF memberi amaran, dalam konteks perubahan iklim dan ancaman kenaikan paras laut, kekurangan pasir boleh menimbulka­n risiko besar.

Delta Mekong antara lembah yang paling pantas berubah serta paling rendah di dunia dengan rizab sehingga 550 juta meter padu pasir yang boleh dieksploit­asi.

Kajian itu berkata, hanya empat juta meter padu pasir yang mengalir ke delta pada 2022, secara purata, ia turun sehingga tujuh juta meter padu.

Bagaimanap­un, jumlah pasir yang diekstrak setiap tahun berkemungk­inan lebih tinggi daripada kajian yang dilaporkan kerana penyelidik­an tidak mengira jumlah yang dilombong pada waktu malam, iaitu banyak kapal korek haram diketahui beroperasi.

Pada Ogos lalu, polis menahan seorang pegawai kanan di An Giang, wilayah Delta Mekong, kerana didakwa menerima rasuah AS$50,000 ($68,000 atau RM236,025) daripada sebuah firma perlombong­an.

Polis berkata, Syarikat Trung Hau 68 melombong lebih 4.7 juta meter padu pasir walaupun hanya mempunyai lesen untuk mengeluark­an hanya satu pertiga daripada itu.

Ketika ini, rumah dan perniagaan orang ramai di seluruh Delta Mekong lenyap ditelan laut akibat hakisan pantai yang sebahagian­nya disebabkan oleh pasir yang hilang.

Kementeria­n Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar berkata, sejak 2016, hampir 800 titik hakisan dilaporkan, merentangi sejumlah 1,134 kilometer tebing laut dan sungai di Delta Mekong.

AFP

 ?? (Foto AGENSI) ?? Delta Mekong kawasan padat biodiversi­ti di Sungai Mekong menyediaka­n sumber makanan serta mata pencarian untuk puluhan juta penduduk.
(Foto AGENSI) Delta Mekong kawasan padat biodiversi­ti di Sungai Mekong menyediaka­n sumber makanan serta mata pencarian untuk puluhan juta penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia