Berita Harian

BMW Motorrad GS Challenge bawa lima pemenang ke Namibia

Acara penuh mendebarka­n uji kemahiran tunggangan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

BMW Motorrad Malaysia sekali lagi telah menghoskan acara BMW Motorrad GS Challenge yang telah dinantinan­tikan oleh ramai, di Putrajaya dari 23 - 24 September lalu.

Dengan lebih 180 hadirin, acara yang mendebarka­n ini menguji kemahiran off-road penunggang dan berjaya menghimpun­kan pemilik dan peminat BMW Motorrad menerusi semangat GS yang dikongsi bersama.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata “Kami berbesar hati untuk sekali lagi membawakan acara BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini buat warga komuniti GS di Malaysia.

“Susulan sambutan memberangs­angkan yang diterima pada tahun lalu, kami teruja untuk melihat para peserta mengamati kebebasan, keghairaha­n dan semangat pengembara­an sambil mereka menyusuri liku-liku yang mencabar, sempurna bagi jentera yang unggul seperti GS,” katanya.

Acara ini telah membariska­n pelbagai aktiviti bagi menguji kemahiran menunggang dan menavigasi merentasi beberapa cabaran off-road yang unik, di samping liku ‘Follow the Trails’ yang mengujakan buat pemilik BMW G 310 GS.

Peluang ke Namibia

Sepuluh Penunggang Terbaik pada Hari Pertama telah dipilih untuk mara ke pusingan yang seterusnya pada Hari Kedua, bagi merebut peluang untuk menyertai jelajah ‘Follow the Trails’ (FTT) Internatio­nal BMW GS Trophy di Namibia, yang akan dilangsung­kan tahun hadapan.

Hadiah eksklusif ihsan penaja tayar rasmi Metzeler juga telah dianugerah­kan kepada 10 Finalis bagi liku berkenaan.

Selepas dua hari mengharung­i persaingan yang hangat, yang turut diwarnai dengan sajian muzik dan makanan yang enak dengan acara ‘GS Fireplace’, lima finalis berjaya mengatasi cabaran itu untuk memenangi tempat di jelajah FTT Namibia 2024.

Tanpa turutan tertentu, pemenang BMW Motorrad GS Challenge tahun ini ialah Asmawi Ali; Diwaagar A/L Tambychand­ran; Affendy Syed Omar; Zulkifli Zainal Abidin; dan Azlan Shah Ahmad Suhaimi.

 ?? ??
 ?? ?? Lima pemenang BMW Motorrad GS Challenge untuk memenangi tempat ke FTT Namibia 2024.
Lima pemenang BMW Motorrad GS Challenge untuk memenangi tempat ke FTT Namibia 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia