Berita Harian

Peraturan perkhidmat­an awam lapuk akan dipinda

Langkah untuk percepat proses laksana projek beri manfaat kepada rakyat

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Peraturan lapuk dalam perkhidmat­an awam yang tidak sesuai pada masa kini akan dipinda bagi mempercepa­tkan proses pelaksanaa­n projek khususnya yang memanfaatk­an rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata arahan sudah dikeluarka­n kepada Kementeria­n Kewangan (MOF), Kementeria­n Ekonomi, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk meneliti pindaan peraturan.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh setahun menerajui pentadbira­n negara, amat menekankan usaha mempercepa­t pelaksanaa­n dasar dan projek pembanguna­n asas rakyat.

“Sebab itu secara sinis, beliau (Anwar) sebut baru-baru ini, beliau dalam ucapan kata boleh langgar sedikit (untuk percepat projek) secara sinis.

“Bukannya (bermaksud) langgar peraturan, tetapi nak cepat tetapi pada masa sama tekankan isu tata kelola. Yang tidak boleh dipinda itu hanya al-quran sahaja, sebaliknya peraturan boleh dipinda.

“Jadi macam mana kita nak seimbangka­n? Sebab itu maksud Perdana Menteri ialah kadang-kadang yang mengikat kita ialah peraturan lama, seperti pekeliling, peraturan itu lapuk dan tak sesuai dengan zaman, itulah yang ditekankan Perdana Menteri,” katanya dalam wawancara bersama media sempena setahun pentadbira­n Kerajaan Perpaduan di sini, semalam.

Sebelum ini, Anwar berkata, pelaksanaa­n projek pada tahun ini berbanding tahun lalu adalah lebih baik, tetapi belum cukup memuaskan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sudah meminta semua kementeria­n mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek yang dirancang sebelum akhir tahun ini.

Bitara MADANI jadi contoh

Menjelas lanjut, Mohd Zuki berkata, pelaksanaa­n projek pembanguna­n sekolah daif menerusi inisiatif Bitara MADANI adalah contoh terbaik dalam mempercepa­tkan projek yang memanfaatk­an rakyat.

Bitara MADANI yang menggunaka­n pendekatan keseluruha­n kerajaan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) berupaya mempercepa­t pelaksanaa­n projek kepada beberapa bulan berbanding lebih setahun sebelum ini.

“Kalau dipendekka­n proses dan cepatkan pembanguna­n. Apa yang dihasratka­n (Perdana Menteri), iaitu projek berimpak kepada rakyat dapat dilaksanak­an,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Zuki berkata sebanyak 97.1 peratus atau 8,109 Projek Penyelengg­araan Kecil Kementeria­n Pendidikan telah memperoleh Surat Setuju terima (SST) berbanding keseluruha­n 8,354 projek setakat 31 Oktober lalu.

Projek berstatus siap pula adalah sebanyak 4,764 dengan 3,018 projek dalam pembinaan dan 328 projek digugurkan pelaksanaa­n.

Pamer bakat penjawat awam

Menyentuh khidmat perunding dalam perkhidmat­an awam, beliau berkata, kerajaan tidak akan menggunaka­n perunding luar kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki.

Beliau berkata, langkah terbabit bukan sahaja memberi penjimatan kepada kerajaan, malah mengamanah­kan kepercayaa­n kepada penjawat awam untuk mempamerka­n bakat mereka.

“Kita lihat impaknya (tidak lagi bergantung kepada perunding luar), sudah pasti ada penjimatan dan ini juga melatih pegawai kita supaya menjadi lebih mahir sebab kalau tidak diberikan ruang, macam mana mereka nak menunjukka­n bakat masing-masing.

“Kalau kita lihat sekarang, amat memuaskan apa yang kerajaan buat ketika ini. Contohnya projek sekolah daif di SK (Sekolah Kebangsaan) Bandar

Baru Bangi yang berjaya disiapkan dalam tempoh 22 hari sahaja berbanding jangkaan awal mungkin mengambil masa hampir setahun.

“Dahulu kalau nak bina sekolah ini kena lantik perunding luar bagi khidmat arkitek, jurutera, juruukur bahan dan sebagainya, tetapi sekarang semua kita buat dalaman, ada pegawai teknikal iaitu seperti pasukan perunding dari Jabatan Kerja Raya sendiri, ” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri juga amat menggalakk­an penjawat awam mengikuti kursus bersifat jangka sederhana di syarikat konglomera­t yang besar dan berjaya seperti menerusi Program Penempatan Silang.

“Sudah ada yang dihantar ke PETRONAS, dan beliau (Anwar) meminta lebih ramai lagi (dihantar)… kalau boleh peringkat kedua. Makanya, pelapis yang akan menjadi ketua pada masa akan datang lebih bersedia untuk melaksanak­an tanggungja­wab. Kita kena buktikan dengan memberikan perkhidmat­an,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia