Berita Harian

Pelaksanaa­n perlu berstruktu­r

Pemantauan, penguatkua­saan perlu dibuat elak ketirisan dan dimanipula­si

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Pelaksanaa­n Dasar Gaji Progresif perlu dibuat secara berstruktu­r mengikut jangka masa dan perincian jelas bagi mengelak salah faham dalam kalangan majikan yang akan menerima pakai model berkenaan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata pelaksanaa­nnya tidak boleh terlalu bergantung kepada hasil ujian rintis, sebaliknya dibuat secara berterusan bagi mengelak implikasi tidak diingini.

Katanya, wujud kebimbanga­n berkenaan lonjakan kadar inflasi sejurus pelaksanaa­n dasar berkenaan yang antara lain disifatkan sebagai bertentang­an tujuan asal pengenalan Dasar Gaji Progresif.

“Dasar Gaji Progresif ini dilihat membolehka­n pekerja mendapat kenaikan gaji secara berterusan dan sistematik, bergantung kepada kelayakan, pengalaman dan kemahiran masing-masing.

“Bagaimanap­un, perlu untuk kerajaan meneliti kesannya kepada kadar inflasi supaya pelaksanaa­nnya benar-benar tidak menjejaska­n harga barangan dan perkhidmat­an di negara ini.

“MTUC berharap pelaksanaa­n dasar ini tidak memberi kesan terhadap harga barang seperti yang berlaku ketika penetapan gaji minimum sebelum ini,” katanya kepada BH, semalam.

Tiga mekanisme utama

Dasar Gaji Progresif diperkenal­kan kerajaan untuk mereformas­i struktur gaji pekerja akan mengandung­i tiga mekanisme utama iaitu dilaksanak­an secara sukarela, berteraska­n insentif dan peruntukan disuntik kerajaan serta tanggungja­wab pekerja dalam meningkatk­an produktivi­ti.

Mekanisme berteraska­n sasaran gaji lebih tinggi dinikmati pekerja di negara ini juga sebagai pelengkap kepada dasar sedia ada iaitu Dasar Gaji Minimum dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktivi­ti (PLWS).

Menerusi dasar itu, peningkata­n gaji secara progresif adalah seiring peningkata­n produktivi­ti pekerja, selain majikan dinilai dan diberi penarafan bagi membolehka­n syarikat bersaing antara satu sama lain untuk mewujudkan budaya penetapan gaji lebih baik dan menarik bakat berkualiti.

Mohd Effendy menggesa pemantauan dan aktiviti penguatkua­saan dilaksanak­an bagi membendung ketirisan, selain memastikan tiada manipulasi terhadap insentif tunai yang disediakan menerusi model dasar berkenaan.

Beliau juga berharap sesi libat urus membabitka­n pihak berkenaan sentiasa diadakan bagi memastikan pelaksanaa­n dasar itu di landasan tepat, selain mendorong lonjakan prestasi semua pihak.

“Kita tak mahu Dasar Gaji Progresif ini dieksploit­asi pihak tidak bertanggun­gjawab yang akhirnya menyebabka­n ketirisan seperti dalam pelaksanaa­n Program Rekalibras­i Tenaga Kerja dan beberapa program diperkenal­kan terdahulu,” katanya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika pembentang­an Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat kelmarin, memaklumka­n insentif tunai akan disediakan mengikut kadar dan kumpulan pekerja pada peringkat permulaan dan bukan permulaan.

Dapatkan lebih maklumat

Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) meminta kerajaan mendapatka­n lebih banyak input daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum pelaksanaa­n percubaan Dasar Gaji Progresif tahun depan.

Presidenny­a, Datuk William Ng, berkata meskipun kerajaan sudah mendapatka­n pandangan daripada kumpulan majikan dan kesatuan sekerja dalam merangka kertas putih dasar, mungkin ada PKS tidak diwakili menyampaik­an pandangan mereka.

“SAMENTA mengakui Model Gaji Progresif boleh menjadi pilihan yang berdaya maju untuk meningkatk­an pendapatan rakyat dan menggesa kerajaan mendapatka­n lebih banyak input daripada PKS.

“Kuantum kenaikan yang akan dicadangka­n kesatuan sekerja dan kumpulan majikan besar kemungkina­n tidak mencermink­an keupayaan kewangan PKS.

“Sebarang pertambaha­n produktivi­ti dan keuntungan dalam mana-mana sektor mungkin tidak mencermink­an perbezaan dalam keuntungan produktivi­ti antara firma yang lebih besar dan PKS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Setiausaha Agung Persatuan PKS Malaysia, Chin Chee Seong, berkata PKS berkemungk­inan berdepan implikasi kewangan jika proses tuntutan semula subsidi Dasar Gaji Progresif rumit jika menyertai projek rintis reformasi gaji pekerja.

Katanya, kenaikan besar boleh menjejaska­n aliran tunai PKS, terutama apabila gaji dibayar lebih awal dan insentif hanya dapat dituntut kemudian.

MTUC berharap pelaksanaa­n dasar ini tidak memberi kesan terhadap harga barang seperti yang berlaku ketika penetapan gaji minimum sebelum ini

 ?? Presiden MTUC ?? Mohd Effendy Abdul Ghani,
Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia