Berita Harian

Syor lanjut subsidi majikan sertai projek rintis

-

Kerajaan wajar melanjutka­n subsidi antara RM200 hingga RM300 sebulan kepada majikan yang menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif untuk tempoh lebih lama bagi menarik lebih banyak penyertaan.

Presiden Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata kerajaan juga disyor menanggung kos majikan yang menghantar pekerja dilatih dan dilatih semula bagi meningkatk­an kemahiran serta produktivi­ti.

“Insentif antara RM200 hingga RM300 sebulan memang menarik namun subsidi mesti dilanjutka­n.

“Tiada peruntukan dinyatakan untuk pembiayaan latihan yang perlu diberi kepada pekerja,” katanya kepada BH.

Syed Hussain berkata, kerajaan dilihat serius dalam meningkatk­an sumber pendapatan rakyat, terutama yang bergaji RM4,999 sebulan ke bawah menerusi Dasar Gaji Progresif.

Katanya, idea projek perintis adalah cara yang baik untuk memperkena­lkan dasar itu kerana pihak berkepenti­ngan boleh belajar dan kerajaan boleh menambah baik pelaksanaa­nnya pada masa hadapan.

“MEF menggalakk­an semua majikan terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang ingin mengambil bahagian untuk berbuat demikian.

“Negara yang melaksanak­an skim gaji ini masih mengkaji pendekatan terbaik dan wujud banyak cabaran untuk melaksanak­an skim ini,” katanya.

MEF berpendapa­t, pendekatan ‘siapa cepat dia dapat’ mungkin membantutk­an hasrat sesetengah majikan yang mahu terbabit secara sukarela dalam projek rintis Dasar Gaji Progresif.

“Ada lebih 800,000 majikan yang aktif dan berdaftar di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pendekatan ‘siapa cepat dia dapat’ perlu disemak semula jika banyak majikan ingin turut serta tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana kuota 1,000 majikan dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, Persekutua­n

Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyaranka­n kerajaan mempertimb­ang pelaksanaa­n dasar itu mengikut sektor dan kategori kemahiran, terutama industri yang mempunyai kebergantu­ngan tinggi kepada pekerja mahir.

Beri impak kepada PKS

Presidenny­a, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata Dasar Gaji Progresif bukannya pelaksanaa­n secara menyeluruh yang akan memberi impak kos yang besar kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Pelaksanaa­n secara menyeluruh akan memberi impak kos besar kepada semua PKS kerana kesannya terhadap pelarasan gaji.

“Pelaksanaa­n Dasar Gaji Progresif mengikut sektor dan kategori kemahiran akan membawa perubahan kepada landskap pasaran tenaga buruh dengan situasi menang-menang untuk majikan, pekerja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Thian Lai berkata, dasar itu harus menjadi pendekatan tepat untuk membolehka­n PKS berdaya saing dalam pasaran, berbanding firma besar yang mempunyai kapasiti sedia ada untuk membayar gaji lebih kompetitif.

Beliau berkata, PKS yang membuat keputusan untuk menyertai Dasar Gaji Minimum mungkin perlu menyalurka­n kembali peratusan kenaikan kos buruh mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia