Berita Harian

Pergerakan keluar pelancong India, China dipantau

- Dari Muka BERNAMA

Pada 27 November lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pelaksanaa­n pelan liberalisa­si visa akan diperkukuh dengan langkah kawalan dan penguatkua­saan bersepadu oleh agensi penguat kuasa, termasuk memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.

Ia selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 26 November lalu berhubung pengecuali­an visa 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-china yang menjangkau 50 tahun pada 2024.

Inisiatif di bawah pelan liberalisa­si visa berkenaan antara lain meliputi pemberian kemudahan visa kemasukan berbilang hingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin memasuki Malaysia.

Selain itu, pemberian pas lawatan sosial jangka panjang hingga 12 bulan diberikan kepada pelajar antarabang­sa yang tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan.

Pengenalan pelan liberalisa­si visa itu juga bertujuan menjana hasil pendapatan negara, sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri utama pelaburan dan pelanconga­n di Asia.

Sementara itu, Jabatan Imigresen mencatatka­n 26 juta kemasukan warga asing ke Malaysia dari 1 Januari hingga 15

November lalu, termasuk pelancong Singapura seramai 12.6 juta diikuti Indonesia 3.1 juta pelancong dan Thailand seramai 2.07 juta orang.

Pelawat asing yang dikenakan NTL bagi tempoh sama adalah seramai 47,060 orang dengan angka tertinggi dicatatkan dari Indonesia (15,984 orang) dan Bangladesh seramai 6,906 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia