Berita Harian

Aman Palestin mahu ambil tindakan mahkamah

-

Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan akaun pertubuhan itu bagi tujuan siasatan.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata tindakan itu akan dilakukan selaras dengan Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA­A) 2001.

Seksyen berkenaan berkaitan pembatalan perintah membekukan harta atas permohonan orang yang dinamakan atau diperihalk­an dalam perintah itu.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata satu perbincang­an bersama ahli lembaga pengarah Aman Palestin juga diadakan semalam berhubung perkara itu.

Bantuan musim sejuk

Mengenai gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya SPRM melepaskan dana RM10 juta bagi bantuan musim sejuk di Palestin dan Syria, beliau berkata, amaun itu sudah diumumkan pada 21 November lalu sebelum dibekukan, untuk disalurkan dalam Kempen Musim Sejuk.

“Setiap tahun Aman Palestin akan menghantar dana ke Syria, Lubnan, Yaman dan kawasan sekitar Palestin bagi menghadapi musim sejuk yang berlaku di Semenanjun­g Arab antara November dan Februari.

“Tahun ini kita membuat penambahan dana memandangk­an situasi perang berlaku di sana.

“Malah pada tarikh 27 November lalu juga kita sudah memohon supaya amaun itu dilepaskan secara terbuka dan surat pada tarikh yang sama juga sudah diberikan.

“Justeru, kami berpendapa­t gesaan Dr Mahathir itu tepat dan kena pada waktunya,” katanya.

SPRM bagaimanap­un menolak gesaan Dr Mahathir itu.

Dana berkenaan mengikut SPRM akan dibekukan sehingga siasatan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia