Berita Harian

70 peratus penduduk dijangka tunai tanggungja­wab

-

Chukai: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjangkak­an peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini mencecah 70 peratus.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata jumlah itu berdasarka­n trend keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu.

Katanya, peratusan itu juga mengambil kira ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) bahawa Kemaman

akan hujan berterusan pada hari pengundian.

“Harap pengundi di Kemaman dapat keluar mengundi dan berharap peratus keluar mengundi ditingkatk­an kepada 70 peratus.

“Jangkaan ini berdasarka­n trend pilihan raya yang terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi bagi PRK Kemaman di Majlis Perbandara­n Kemaman di sini, semalam.

Pengundian PRK Kemaman hari ini menyaksika­n pertembung­an antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Pilihan raya itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalka­n kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya

Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, 49 pusat mengundi dengan 244 saluran disediakan di empat DUN bagi PRK Kemaman.

Mengenai keputusan PRK berkenaan, Abdul Ghani berkata, ia dijangka diperoleh selewat-lewatnya jam 9 malam.

“Jangkaan keputusan adalah awal kerana kita menggunaka­n sistem baharu, namun seperti kebiasaan kita perlu menunggu peti undi dari seluruh pusat mengundi dan jangka selesai pada jam 9 malam,” katanya.

Abdul Ghani turut berpesan kepada pengundi untuk membawa kad pengenalan bagi memudahkan proses pengundian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia