Berita Harian

‘AG boleh fail semakan hukuman mati Sirul’

Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 antara mekanisme boleh diguna

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan melalui Peguam Negara (AG) boleh memfailkan semakan terhadap hukuman mati diputuskan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar, yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribu pada 2006.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata antara mekanisme boleh dipertimba­ngkan adalah menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) berkuat kuasa 4 Julai lalu yang membenarka­n mahkamah melakukan semakan berdasarka­n permohonan individu dalam kes terbabit.

“(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Saifuddin (Nasution Ismail) kata kita kena tunggu Sirul buat permohonan.

“Namun cara saya tafsir lain sikit dan mungkin menteri boleh terima.

“Bagi saya dalam peruntukan tersebut, mahkamah boleh buat semakan atau (sebenarnya) siapa-siapa juga yang buat permohonan (semakan).

“Salah seorang (terlibat dalam) mekanisma itu adalah individu terlibat bagi saya adalah DPP (Timbalan Pendakwa Raya), juga boleh permohonan atas kapasiti mereka sebagai AG, selaras dengan permintaan kerajaan Australia,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube, semalam.

Rancangan yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril

Sufian Hamdan dirakam pada Rabu lalu.

Pandangan Muhammad Shafee itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menjelaska­n bahawa kerajaan tidak boleh memulakan sebarang usaha untuk mengekstra­disi Sirul dari Australia, selagi dia tidak mengemukak­an permohonan semakan hukuman mati ke atasnya.

Justeru, Saifuddin berkata cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Malaysia mengadakan libat urus bersama pihak berkuasa Australia bagi memudah cara ekstradisi

Sirul ke negara ini, sekali gus menyiasat dakwaan dia menerima RM1 juta untuk menutup mulut tidak boleh dilakukan.

Dalam rancangan itu, Khairy turut memberi pandangan berkenaan kenyataan Saifuddin dengan menyifatka­n ia sebagai tidak logik.

“Kenyataan MDN (Menteri Dalam Negeri) agak tak logik sebab mana mungkin Sirul nak buat semakan.

“Dia (Sirul) adalah seorang individu yang bebas. Takkan dia nak buat semakan dan jika mahkamah terima dia kena semakan, dia akan dipenjarak­an,” katanya.

 ?? ?? Muhammad Shafee (kiri) bersama Khairy dan Shahril Sufian pada program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube semalam.
Muhammad Shafee (kiri) bersama Khairy dan Shahril Sufian pada program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube semalam.
 ?? ?? Laporan BH 27 November lalu.
Laporan BH 27 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia