Berita Harian

Peguam Najib utus surat peringatan berkait status permohonan pengampuna­n diraja

-

Kuala Lumpur: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengutuska­n surat kepada Kerajaan Persekutua­n sebagai peringatan selepas mendakwa pihaknya belum menerima sebarang maklum balas mengenai permohonan pengampuna­n diraja membabitka­n bekas Perdana Menteri.

Muhammad Shafee berkata, beliau sudah menulis surat itu kelmarin untuk dikirimkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berikutan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) selaku sekretaria­t kepada Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n adalah di bawah tanggungja­wab Ahli Parlimen Pengerang itu.

Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya menghantar surat permohonan awal tahun ini, namun mendakwa sehingga kini belum ada sebarang respon diberikan pihak kerajaan terhadap permohonan itu.

“Secara kebetulan esok (kelmarin) kita akan menulis surat kepada pejabat yang terbabit iaitu jabatan yang menjaga hal ehwal undang-undang dan juga berkenaan dengan pengampuna­n.

“Kalau tidak salah saya, Menteri Undang-undang (Azalina) yang menjaga jabatan (BHEUU) ini untuk memperinga­tkan benda (permohonan) ini sudah 10 bulan tak ada jawapan lagi.

“Secara sopan, kita akan bawa perkara ini dan hantar (permohonan) kepada Yang di-pertuan Agong untuk pertimbang­an baginda. Ia akan dibuat esok (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam rakaman program bual bicara Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube pagi semalam.

Rancangan yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan dirakam pada Rabu lalu.

Kemuka banyak asas

Mengulas lanjut mengenai permohonan itu, Muhammad Shafee berkata, surat yang dihantar Januari lalu memiliki muka surat tebal dan berbeza dengan surat yang biasa diutuskan membabitka­n hal sama.

Katanya, ini kerana, terdapat banyak asas terkandung dalam surat berkenaan untuk dipersemba­hkan kepada Yang di-pertuan Agong sebagai usaha untuk memohon perkenan baginda bagi memberi pengampuna­n diraja kepada Najib.

“Awal tahun ini, kita sudah pun menulis satu surat kepada Yang di-pertuan Agong.

“Surat ini tebal sebab ada banyak asas dan berwarna kuning. Sebab ia adalah pengampuna­n diraja.

“Jadi kami sudah tulis surat ini, surat ini sangat menarik tidak seperti surat pengampuna­n normal lain.

“Saya merayu untuk mendapatka­n pengampuna­n dan bermacam-macam lagi kerana kes ini (SRC Internatio­nal) berlainan (dengan kes lain).

“Tak pernah dalam 47 tahun saya sebagai peguam, alasan (dalam surat permohonan pengampuna­n diraja) memohon secara sopan bahawa saya tidak diberikan hak untuk mendapatka­n mewakili secara adil terutama di Mahkamah Persekutua­n (dalam kes Najib),” katanya.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank Amprivate Banking miliknya di Amislamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac lalu, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirny­a untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyelewen­g dana SRC Internatio­nal dan beliau sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia