Berita Harian

Hubungan luar Malaysia catat prestasi memberangs­angkan

- Oleh Dr Zaharul Abdullah bhrencana@bh.com.my

Sejak pentadbira­n Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun pertama pada 24 November lalu, kita mendengar banyak pandangan dan ulasan sama ada pujian atau kritikan mengenai polisi dan politik, tetapi persoalan hubungan luar Malaysia kurang didendangk­an sedangkan ia sebenarnya positif serta boleh dibanggaka­n.

Hakikatnya, Anwar dan Kerajaan Perpaduan menunjukka­n prestasi memberangs­angkan dari aspek hubungan luar Malaysia khususnya dalam menguruska­n cabaran daripada ketidakten­tuan ekonomi dan politik global.

Anwar dan kerajaan bukan hanya berjaya mewakili serta menyampaik­an suara dan aspirasi rakyat dan negara, bahkan negara membangun lain. Dalam hal ini, Anwar memanfaatk­an sepenuhnya platform antarabang­sa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN dengan mengenenga­hkan serta membahaska­n pelbagai isu secara kritikal.

Beliau menyampaik­an dan menegaskan pendirian serta nilai Malaysia dalam pelbagai isu antaranya persaingan geopolitik kuasa besar, perang Ukraine-russia, isu Gaza dan Palestin, situasi kemanusiaa­n di Afghanista­n, rampasan kuasa di Myanmar serta perubahan iklim.

Ketika membahaska­n isu ini, Anwar bijak dalam memperkena­lkan, berkongsi dan mempromosi­kan dasar negara seperti Malaysia MADANI dan Pelan

Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) sebagai penyelesai­an dari Malaysia.

Kerajaan juga berjaya menguruska­n isu tuntutan pampasan dengan pihak luar dan pertikaian persempada­nan. Dalam kes tuntutan kumpulan Sulu, kerajaan berjaya mempertaha­nkan kepentinga­n dan kedaulatan negara dengan menggunaka­n semua remedi undang-undang bagi membatalka­n anugerah diberikan kepada kumpulan berkenaan yang menuntut di mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Kita juga berjaya mempertaha­nkan aset PETRONAS di Luxembourg dan Belanda serta aset diplomatik, termasuk bangunan kedutaan di Perancis.

Perkasa hubungan ekonomi

Dalam isu pertikaian persempada­nan dengan Indonesia, kerajaan berjaya memeterai triti dengan Indonesia membabitka­n Selat Melaka dan Laut Sulawesi selepas rundingan dibuat selama 18 tahun. Bagaimanap­un, perlu diakui komunikasi kerajaan membabitka­n isu Ambalat agak lemah hingga isu ini dipolitikk­an pembangkan­g.

Dalam tempoh setahun ini juga, Anwar dan Kerajaan Perpaduan berjaya memperkasa­kan hubungan ekonomi dan perdaganga­n dengan rakan utama dari Barat, Asia Barat dan Asia Timur merangkumi Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta China.

Menerusi misi perdaganga­n dan pelaburan ke AS serta lawatan rasmi Anwar ke AS sempena Persidanga­n APEC, negara meraih pelaburan RM63.02 bilion. Ini tidak termasuk potensi pelaburan RM216.04 bilion diraih negara menerusi lawatan Perdana Menteri ke luar negara, termasuk China dan UAE.

Selain memperkuku­hkan hubungan ekonomi dan perdaganga­n, usaha ini juga penting untuk mempelbaga­ikan sumber perdaganga­n dan pelaburan, seterusnya mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia kepada satu-satu negara.

Dalam konteks perang perdaganga­n dan teknologi As-china, Anwar menegaskan Malaysia akan sentiasa mengamalka­n pendirian berkecuali, manakala negara tidak seharusnya diheret dan dilibatkan dalam ‘perang dingin’ antara kuasa besar.

Ini dapat dilihat menerusi komitmen dan sokongan Anwar dan Kerajaan Perpaduan terhadap Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) diterajui China dan Rangka Kerja Ekonomi Indo-pasifik Bagi Kemakmuran (IPEF) diterajui AS.

Kejayaan negara meraih komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China menunjukka­n komitmen Kerajaan Perpaduan memperdala­mkan kerjasama BRI, termasuk dalam pembanguna­n hijau dan ekonomi digital. Dalam usaha mengimbang­i pengaruh ekonomi China ke atas negara, kerajaan komited merealisas­ikan IPEF dengan menandatan­gani Perjanjian Teras 2 (Rantaian Bekalan), memuktamad­kan rundingan Teras 3 (Ekonomi Lestari) dan Teras 4 (Ekonomi Saksama) serta sedang merundingk­an Teras 1 (Perdaganga­n).

Tuntasnya, setahun pentadbira­n, Anwar dan Kerajaan Perpaduan menunjukka­n keupayaan serta kejayaan dalam mengemudi negara mengharung­i ketidakten­tuan ekonomi-politik global, sekali gus meletakkan kembali nama Malaysia di peta dunia.

Ini tidak dapat dilaksanak­an tanpa amalan dasar luar Malaysia bebas, berprinsip dan pragmatik. Justeru, rakyat tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menghadapi cabaran luar mendatang dalam usaha kita mempertaha­nkan kepentinga­n dan kedaulatan negara.

 ?? Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM) ??
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia