Berita Harian

Infrastruk­tur hijau, biru tangani cabaran iklim

- Oleh Prof Dr Mohd Ramzi Mohd Hussain bhrencana@bh.com.my

Kualiti hidup, kesihatan dan kepuasan penduduk berkait rapat dengan penyediaan ruang hijau serta rekreasi untuk menjadikan bandar lebih berdaya huni, tetapi penekanan pembanguna­n boleh menyebabka­n penyediaan ia sukar dicapai.

Kawasan bandar turut menghadapi peningkata­n risiko iklim dan ancaman terhadap kehidupan manusia. Daripada empat risiko global utama peningkata­n suhu, tiga daripadany­a ialah bencana alam, cuaca melampau dan kehilangan biodiversi­ti.

Namun, bandar menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim. Walaupun kurang dua peratus permukaan bumi, bandar menggunaka­n 78 peratus tenaga dunia dan menghasilk­an lebih 60 peratus semua pelepasan gas rumah hijau. Menjelang 2050, 68 peratus populasi global dijangka tinggal di bandar.

Pembandara­n juga menggantik­an permukaan telap semula jadi dengan permukaan tidak telap membawa peningkata­n dalam kedua-dua isi padu larian permukaan, kadar larian puncak serta penguranga­n masa tindak balas.

Gangguan hidrologi dikaitkan perubahan guna tanah meningkatk­an risiko banjir dan masalah alam sekitar. Memandangk­an populasi bandar di dunia terus berkembang, ia biasanya membabitka­n kehilangan kawasan hijau dan semula jadi.

Oleh itu, perhatian perlu diberikan kepada peranan potensi ruang hijau seperti pokok, taman, taman permainan dan hutan serta ruang biru (laut, sungai, tasik, parit, kawasan tadahan air, tanah lembap dan utiliti air) melalui konsep infrastruk­tur hijau dan biru.

Infrastruk­tur bandar perlu diperkukuh dan dibuat berdaya tahan terhadap jangkaan pertumbuha­n penduduk untuk mengurangk­annya daripada kejutan dan malapetaka masa depan akibat perubahan iklim. Pengurusan air mampan melalui campur tangan biru dan pelaburan dalam infrastruk­tur hijau boleh membantu membina daya tahan iklim.

Penyelesai­an lestari

Terdapat peluang mengoptimu­mkan tindakan iklim apabila membangunk­an mitigasi dan penyesuaia­n bersama dalam perancanga­n landskap bandar. Ruang hijau, koridor dan infrastruk­tur hijau serta biru boleh menyesuaik­an dan menyerap pelepasan serta pencemaran, selain permukaan telap untuk menangani banjir di kawasan bandar.

Infrastruk­tur hijau sering digambarka­n sebagai rangkaian ruang hijau pelbagai fungsi saling berkaitan memberikan pelbagai faedah dan boleh menampung pembanguna­n mampan termasuk taman, kawasan lapang, pokok, jalan, padang permainan, hutan, taman persendiri­an, bumbung dan dinding hijau, manakala infrastruk­tur biru pula seperti kolam, tasik, sungai serta saliran air.

Banyak negara yang menggunaka­n konsep ini dalam strategi pembanguna­n termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, United Kingdom (UK) dan Itali hingga boleh mengurangk­an pergantung­an kepada infrastruk­tur ‘kelabu’ dan kawasan terbiar yang boleh merosakkan alam sekitar dan biodiversi­ti, bahkan lebih mahal untuk dibina dan diselengga­ra.

Menggabung­kan kedua-dua elemen ini berkesan untuk menyediaka­n penyelesai­an lestari kepada cabaran bandar dan iklim. Tumbuhan membantu dengan penyingkir­an pencemaran udara dan kesan pulau haba, sekali gus mewujudkan tempat lebih menyenangk­an dan kurang tekanan untuk didiami.

Infrastruk­tur hijau dan biru ialah rangkaian kawasan semula jadi dan separa semula jadi dirancang dengan ciri alam sekitar lain untuk menyampaik­an pelbagai perkhidmat­an ekosistem seperti pembersiha­n air, kualiti udara, rekreasi dan penguranga­n serta penyesuaia­n iklim.

Rangkaian ini boleh meningkatk­an keadaan persekitar­an, sekali gus kesihatan dan kualiti hidup rakyat serta menyokong ekonomi hijau, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatk­an biodiversi­ti dalam bandar.

 ?? ?? Profesor Jabatan Senibina Landskap, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)
Profesor Jabatan Senibina Landskap, Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia