Berita Harian

Perjuangka­n hak kanak-kanak jalani hidup harmoni, selamat

- Farah Umaina Najwa, Universiti Sains Islam Malaysia Seperti

orang dewasa, kanak-kanak mempunyai hak untuk berkembang sepenuhnya dengan perlindung­an dan perhatian. Kanak-kanak berhak hidup harmoni dan membesar dalam keluarga yang bahagia.

Bagaimanap­un hak kanak-kanak ini tidak begitu difahami sepenuhnya oleh orang dewasa. Kerap kita membaca mengenai kematian kanak-kanak kerana kesilapan orang lain.

Malah hari ini dalam perang Palestin-israel yang tidak dapat dipastikan hujungnya, ribuan kanak-kanak kehilangan nyawa. Ketika peperangan masuk hari ke-11 atau bersamaan 17 Oktober lalu, 940 kanak-kanak sudah terbunuh.

Perang atau tidak, hak kanak-kanak untuk hidup dan membesar dengan sebaiknya tidak boleh dinafikan. Hal ini turut digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang merangkumi hal berikut iaitu iklim yang selamat; udara dan air bersih, selain makanan sihat serta seimbang juga tempat tidak tercemar untuk menetap, belajar juga bermain.

Perkara seperti ini sangat penting untuk ditekankan. Misalnya aspek pemakanan sihat dan seimbang bagi menjamin pertumbuha­n dan perkembang­an optimum. Nutrien yang tidak mencukupi boleh membantutk­an tumbesaran dan perkembang­an kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 970,000 kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dari Burkina Faso, Mali dan Niger terkesan teruk disebabkan kekurangan zat makanan. Itu belum dihitung dengan jumlah kanak-kanak yang berhadapan masalah dehidrasi teruk disebabkan peperangan.

Beri didikan terbaik

Kanak-kanak adalah penerus bangsa dan umat pada masa akan datang. Sebagai kanak-kanak, mereka tidak mempunyai pilihan bagaimana seharusnya dibesarkan. Sebaliknya orang dewasa, ibu bapa, guru, masyarakat, kerajaan dan pemimpin yang perlu berganding bahu dalam memberikan kasih sayang dan mendidik kanak-kanak tanpa mengira keadaan mereka.

Pesan Imam al-ghazali: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana tidak baik dan dipersiaka­n seperti haiwan, menderital­ah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertangg­ungjawabka­n itu”.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia