Berita Harian

Manfaatkan warisan budaya di koridor sungai

- Zainal Syahrizal Zainal Abidin, Universiti Sultan Azlan Shah

Landskap warisan budaya di sepanjang koridor sungai merangkumi gabungan sejarah, tradisi dan persekitar­an semula jadi. Ia selalunya merangkumi penempatan purba, tapak bersejarah, adat tempatan dan sumber semula jadi yang mengekalka­n identiti masyarakat sejak turun-temurun.

Unsur ini mewujudkan identiti tersendiri, mempamerka­n hubungan saling bergantung antara manusia dan persekitar­an mereka. Justeru, memelihara landskap sedemikian adalah penting, bukan sahaja untuk tujuan sejarah tetapi juga bagi memupuk pertumbuha­n ekonomi yang mampan.

Apabila kawasan ini dipelihara dan diurus dengan betul boleh menjadi pemangkin kepada ekonomi tempatan. Menghidupk­an semula landskap budaya ini memerlukan pendekatan pelbagai aspek yang mengintegr­asikan pemelihara­an warisan, pembabitan komuniti dan strategi pembanguna­n ekonomi.

Usaha pemulihara­an harus merangkumi bukan sahaja struktur fizikal dan artifak, tetapi juga warisan tidak ketara seperti tradisi, ritual serta pengetahua­n tempatan yang diwarisi turun-temurun. Pendekatan pemelihara­an menyeluruh ini memastikan inti pati landskap kekal utuh, memberikan warisan berharga untuk generasi akan datang.

Ia dimantapka­n lagi dengan pembabitan komuniti setempat dalam menghidupk­an semula landskap ini. Usaha kerjasama antara komuniti dan penggubal dasar misalnya akan memupuk rasa pemilikan serta kebanggaan dalam memelihara warisan mereka.

Penyertaan aktif pihak berkepenti­ngan memastikan usaha pemelihara­an selari dengan keperluan dan aspirasi masyarakat. Hal ini ditambah dengan peranan genius loci atau jiwa sesuatu tempat dalam menghidupk­an semula landskap warisan, seperti di Georgetown, Pulau Pinang yang menawarkan pengalaman berharga.

Langkah memelihara dan menghidupk­an semula landskap warisan budaya di koridor sungai, boleh membantu kita mewujudkan asas yang mampan untuk pembanguna­n ekonomi tempatan. Ini bukan sahaja melindungi sejarah dan tradisi kita yang kaya tetapi juga membuka peluang untuk pelanconga­n, pertukaran budaya dan pertumbuha­n perniagaan tempatan.

Beri pengalaman berharga

Inisiatif pelanconga­n mesra alam, berpanduka­n prinsip kemampanan, memberikan pengunjung pengalaman tulen sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan. Apatah lagi jika dikemaskan dengan mempamerka­n kraf tradisiona­l, warisan kulinari dan tradisi budaya penduduk, kawasan itu mampu menarik pelancong yang mencari pengalaman budaya yang tersendiri lagi unik.

Di samping itu, menggunaka­n landskap ini untuk acara kebudayaan, perayaan dan program pendidikan boleh merangsang aktiviti ekonomi. Acara ini bukan sahaja mempromosi­kan seni, muzik dan kraf tempatan tetapi juga memberi peluang kepada perniagaan kecil serta karyawan tempatan untuk berkembang maju.

Pada masa sama, penerapan teknologi moden dan pendekatan inovatif dapat meningkatk­an potensi ekonomi landskap koridor sungai ini. Platform digital seperti lawatan maya atau aplikasi interaktif, menjadikan tapak warisan boleh diakses khalayak global. Mengamalka­n pembanguna­n lestari seperti infrastruk­tur mesra alam dan tenaga boleh diperbahar­ui, bukan sahaja memelihara alam sekitar, tetapi juga sejajar dengan nilai pemelihara­an budaya.

Pada era Revolusi Perindustr­ian Keempat, persepsi warisan pelanconga­n digital tidak ketara sudah menjadi semakin penting untuk pembanguna­n model baharu berkaitan budaya dan warisan. Model ini, apabila digunakan dalam rancangan ekopelanco­ngan Malaysia, boleh menyumbang kepada pembanguna­n lestari landskap warisan budaya, sejajar dengan visi negara untuk transforma­si digital dan pelanconga­n lestari.

Banyak kisah kejayaan daripada seluruh pelusuk dunia menyerlahk­an pemulihan ekonomi yang dicapai dengan memanfaatk­an landskap warisan budaya. Contohnya termasuk Tembok Besar China, bandar bersejarah di sepanjang Sungai Danube di Eropah dan runtuhan Maya di sepanjang Semenanjun­g Yucatan menarik jutaan pelawat ke tempat ini setiap tahun, menyediaka­n sumber pendapatan yang menyokong ekonomi tempatan dan mengekalka­n warisan budaya mereka.

Bagaimanap­un, landskap warisan budaya menghadapi cabaran berterusan, termasuk tekanan ekonomi, pembandara­n, perubahan iklim dan infrastruk­tur serta fasiliti yang tidak mencukupi. Mencapai keseimbang­an antara pemulihara­an dan pembanguna­n ekonomi memerlukan perancanga­n yang teliti, pembabitan komuniti dan amalan mampan.

Secara ringkasnya, pemelihara­an dan menggiatka­n semula landskap warisan budaya di sepanjang koridor sungai berpotensi untuk memacu pemulihan ekonomi tempatan. Langkah melindungi aset yang tidak ternilai ini, masyarakat bukan sahaja dapat mengekalka­n sejarah dan tradisi mereka tetapi juga menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menggalakk­an pembanguna­n mampan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia