Berita Harian

Terkejut dalam akaun ada RM404J

Pelanggan Maybank hadapi masalah dapatkan semula akses susulan kesilapan teknikal

- Oleh Essa Abu Yamin essabuyami­n@bh.com.my

Seorang pelanggan Maybank terkejut apabila mendapati akaun banknya mempunyai lebih RM404 juta.

Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah berkata, beliau menyedari bahawa dirinya tidak mungkin menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Bagaimanap­un, katanya, kesilapan teknikal itu bukan membuatkan hidupnya bertambah senang, tetapi sebaliknya.

Katanya, beliau tidak sangka perkara itu boleh terjadi dan perlu menyelesai­kan masalah untuk mendapatka­n semula akses terhadap akaun banknya itu.

“Saya hargai kejadian ini dan menganggap ia adalah pengalaman perbankan yang tidak dapat dilupakan, namun saya rasa masalah ini akan menjadi lebih berpanjang­an sekiranya tidak diselesaik­an segera.

“Mesti ada yang berfikir saya menang loteri? Itu tidak benar. Ia adalah gangguan sistem,” katanya dalam perkongsia­n di Linkin miliknya.

Maybank sekat akaun

Menurut Hafidzah, kejadian berkenaan menyebabka­n pihak Maybank menyekat akaun miliknya tanpa sebarang makluman, menghantar mesej atau memberitah­u perkara berkenaan melalui cara lain.

Jelas Hafidzah, dia terpaksa

pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk mengaktifk­an semula akaunnya.

“Mereka kata wang tidak boleh membeli kebahagiaa­n, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” katanya.

“Saya terpaksa berdepan dengan gangguan perbankan selama tiga hari dalam tempoh pembayaran gaji dan saya menganggap perkara itu bukan situasi yang kelakar.

“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan memeriksa akaun bank (Maybank) sudah menjadi rutin harian saya,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad ketika mengulas dalam ruang komen di Linkin milik Hafidzah, meminta wanita itu menghubung­i pihaknya supaya pihak bank boleh membuat susulan berhubung kejadian berkenaan.

“Sudah tentu perkara itu akan diperiksa dan diselesaik­an untuk anda (Hafidzah),” katanya.

Difahamkan pihak Maybank hari ini sudah menyelesai­kan kes terbabit dan menyatakan sehingga kini tiada data pelanggan terjejas.

 ?? ?? Tangkap layar akaun Hafidzah mempunyai lebih RM400 juta.
Tangkap layar akaun Hafidzah mempunyai lebih RM400 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia