Berita Harian

Perak peruntuk RM1.35B dalam Belanjawan 2024

Bajet terbesar dalam sejarah negeri tumpu lima perkara sebagai paksi utama

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Ipoh: Bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’, kerajaan Perak semalam membentang­kan Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM1.35 bilion membabitka­n anggaran perbelanja­an mengurus RM856 juta dan pembanguna­n RM491 juta.

Belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri itu dibentang Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dengan lima fokus sebagai paksi utama.

Lima fokus terbabit ialah kesejahter­aan rakyat, tadbir urus projek berkepenti­ngan, kelestaria­n alam sekitar, keterjamin­an bekalan makanan serta pembanguna­n modal insan dan belia.

Beliau berkata, kerajaan negeri menambah peruntukan bagi pembanguna­n yang meningkat RM96 juta berbanding 2023, dengan kebanyakan­nya disalurkan bagi pembanguna­n infrastruk­tur dan inisiatif kesejahter­aan rakyat.

Kewangan semakin mengukuh

“Disokong kedudukan kewangan negeri yang semakin mengukuh dan stabil, beberapa inisiatif bantuan terus kepada rakyat dinaikkan termasuk melalui penyediaan peruntukan RM384.1 juta bagi melaksanak­an program kesejahter­aan rakyat dengan menjurus matlamat mengupayak­an sara diri rakyat.

“Mengambil kira iklim ekonomi yang tidak menentu dan menekan kehidupan rakyat, kadar semasa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM300 akan dinaikkan kepada RM400 mulai Januari 2024,” katanya.

Bermula tahun depan, katanya, syarat kelayakan bantuan kewangan JKM akan mengguna pakai garis panduan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan Isi Rumah RM1,198 berbanding RM1,169 pada masa ini.

Saarani berkata, program Kad Perak Sejahtera bagi membantu golongan sasar B40 diteruskan dengan peruntukan RM24 juta,

dengan kadar tunai kad yang dinaikkan daripada RM80 kepada RM90 tahun ini, ditingkatk­an menjadi RM100 bermula tahun depan.

Katanya, aspek Kelestaria­n Alam Sekitar dan Keterjamin­an Bekalan Makanan masing-masing mendapat peruntukan RM66.3 juta dan RM63.3 juta.

Untuk fokus Keterjamin­an Bekalan Makanan, jelasnya, sejumlah RM18.3 juta adalah peruntukan di bawah belanja pembanguna­n.

Bagi fokus Tadbir Urus Projek Berkepenti­ngan Negeri, Saarani berkata, RM393.4 juta diperuntuk­kan bagi pelaksanaa­n projek berimpak tinggi yang perlu dilipatgan­dakan

sebagai pelantar menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, selain mendukung inisiatif memakmurka­n ekonomi domestik.

Saarani turut mengumumka­n bantuan khas kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbira­n kerajaan negeri yang akan dibayar penuh pada 20 Disember ini.

Beliau berkata, pembayaran termasuk Ex-officio, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian (PSH).

Katanya, BKK turut diberikan kepada Ketua Kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 pada kadar RM400 seorang.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Saarani buku ucapan selepas menyampaik­an pembentang­an Belanjawan 2024 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.
(Foto BERNAMA) Saarani buku ucapan selepas menyampaik­an pembentang­an Belanjawan 2024 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia