Berita Harian

Penduduk cemas air naik hampir satu meter

-

Pasir Gudang: Penduduk Kampung Sentosa Damai, di sini, berdepan detik cemas apabila air naik hingga hampir satu meter dengan arus deras di pekarangan rumah, dalam tempoh tiga jam hujan lebat sejak lewat malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Mangsa banjir, Zainab Mat, 57, berkata hujan mulai lebat kira-kira jam 11 malam kelmarin dan berlarutan hingga jam 1 pagi menyebabka­n air naik dengan cepat selepas air sungai berhampira­n serta parit depan rumah melimpah.

“Disebabkan keadaan tidak selamat, pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan pasukan keselamata­n lain mengarahka­n kami berpindah segera ke surau berdekatan sebelum ditempatka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung ini.

“Saya dan keluarga sempat menyimpan dokumen penting, selain memindahka­n pakaian dan beberapa perkakas rumah termasuk peti ais, ke bahagian tinggi di dalam rumah. Motosikal dan kereta juga sempat dibawa parkir di kawasan atas bukit dengan bantuan pasukan keselamata­n,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, di sini, semalam.

Beliau adalah antara 227 mangsa banjir membabitka­n 80 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan kampung berdekatan yang dipindahka­n ke PPS itu, awal pagi semalam.

Ibu tunggal, Nurul Huda Abdul Rani, 57, berkata beliau bersyukur kerana ketika hujan lebat, tidak berlaku air pasang dari kawasan laut di Kong Kong yang boleh menyebabka­n banjir bertambah teruk hingga menenggela­mkan rumah.

Apabila hujan kira-kira jam 10 malam tadi (malam kelmarin), saya menelefon anak lelaki yang sedang bekerja supaya balik ke rumah kerana berasa tidak sedap hati. Air kemudian naik hampir separuh meter atau separas lutut di bahagian dapur,” katanya yang sudah 32 tahun menetap di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Azizul Bachok, berkata permasalah­an dihadapi mangsa banjir sudah dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

BERNAMA pula melaporkan, hujan lebat sejak malam kelmarin menyebabka­n lima kampung di Johor Bahru dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Kampung terbabit ialah Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Kangkar

Tebrau, Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat, di mana sejumlah 538 mangsa banjir daripada 158 keluarga ditempatka­n di dua PPS.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam satu kenyataan memaklumka­n, PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara masing-masing dibuka

pada jam 8 pagi dan 10 pagi semalam.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, seramai 311 mangsa banjir (78 keluarga) dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau berlindung di PPS SK Bukit Mutiara, manakala PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatka­n 227 orang (80 keluarga) dari Kampung Sentosa

Damai serta Kampung Sentosa Barat.

Di Kota Bharu, jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 574 orang (176 keluarga), setakat jam 5 petang semalam, berbanding 795 malam kelmarin.

Semua mereka ditempatka­n di tiga PPS, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor dan SK Jelawat di Bachok, serta SK Gual To'deh di Rantau Panjang.

Di Kuala Terengganu, banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua PPS ditutup, malam kelmarin.

Jurucakap Sekretaria­t JPBN Terengganu berkata, SK Atas Tol menjadi PPS terakhir ditutup selepas tiga mangsa banjir (sebuah keluarga) yang berlindung di sana dibenarkan pulang ke rumah pada jam 8 malam.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran hujan lebat berterusan tahap waspada hingga esok di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan serta Pahang.

Orang awam dinasihatk­an sentiasa merujuk laman web: www. met.gov.my dan semua media sosial rasmi Metmalaysi­a serta memuat turun aplikasi mycuaca bagi maklumat yang terkini serta sahih.

 ?? (Foto ihsan bomba) ?? Anggota bomba menyelamat­kan mangsa banjir yang terperangk­ap di Kampung Paya Kenanga Tebrau, kelmarin.
(Foto ihsan bomba) Anggota bomba menyelamat­kan mangsa banjir yang terperangk­ap di Kampung Paya Kenanga Tebrau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia