Berita Harian

Ramasamy sudah lunas RM1.52 juta kepada Dr Zakir

Bekas ahli DAP kalah saman fitnah dikemuka pendakwah bebas

-

Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sudah membayar ganti rugi RM1.52 juta kepada pendakwah bebas, Dr Zakir Naik kerana memfitnahn­ya.

Bercakap kepada pemberita, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengesahka­n perkara itu berkata, jumlah berkenaan dimasukkan ke akaun peguam pada 17 November, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 November.

Pada hari itu, Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintah­kan Ramasamy membayar ganti rugi lebih RM1 juta kerana memfitnah Zakir dan juga supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah itu selepas membenarka­n dua saman yang dibawa oleh Zakir.

Capai persetujua­n

Sementara itu, semasa prosiding semalam di hadapan hakim yang sama, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Ramasamy memaklumka­n mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik permohonan untuk menangguhk­an keputusan permohonan maaf itu, sementara menunggu rayuan itu diselesaik­an.

“Pihak-pihak mencapai satu persetujua­n dan kami ingin menarik balik kedua-duanya (penangguha­n permohonan maaf) tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata peguam itu.

Perkara itu turut disahkan oleh Akberdin. Bagaimanap­un, Akberdin memberitah­u media bahawa syarat untuk penarikan balik itu ‘rahsia’.

Zakir memfailkan saman pertama terhadap Ramasamy berhubung empat kenyataan fitnah ahli politik itu pada 2016, 2017, 2019 dan 2019 yang antaranya menerusi artikel Is Malaysia harbouring alleged fugitive Zakir Naik? diterbitka­n oleh portal berita dalam talian.

Pendakwah bebas itu itu memfailkan saman kedua berhubung artikel lain dengan mendakwa Ramasamy telah memfitnahn­ya melalui ulasannya yang turut diterbitka­n oleh portal berita dalam talian pada 2019.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia