Berita Harian

Najib mohon dilepas tanpa bebas

Peguam tegaskan tuduhan sudah ‘tergantung’ lima tahun setengah

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Najib membuat permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumka­n Hakim K Muniandy bahawa keputusan representa­si dihantar pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 31 Julai lalu masih belum diperoleh.

“Kes dikemukaka­n lebih lima tahun sejak 2019 dan beberapa kali disebut di mahkamah ini, oleh itu untuk tidak memprejudi­skan kedua-dua pihak terutama anak guam, saya mohon mahkamah memberikan perintah DNAA mengikut Seksyen 173 Ka

nun Prosedur Jenayah kerana kes langsung tidak berjalan.

“Sekiranya pendakwa raya ada keputusan berlainan pada masa akan datang, pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk kes dikemukaka­n semula di mana kita berhenti, kes ini sudah tergantung begitu lama,” kata Muhammad Shafee.

19 Januari dengar representa­si

Muniandy kemudian bertanya kepada pihak pendakwaan mengapa representa­si itu mengambil masa lama diputuskan.

Mohd Ashrof menjawab, pertuduhan individu berprofil tinggi itu membabitka­n banyak dokumen untuk diteliti dan ada kes

lain dihadapi Najib yang masih tertangguh serta dibicaraka­n.

Katanya, semua pihak bersetuju tiga tuduhan terbabit hanya akan dibicaraka­n selepas kes penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal RM42 juta selesai diputus, yang berakhir (selepas peringkat semakan) pada 30 Mac lalu.

“Selepas tarikh itu, kita hanya ada tiga sebutan kes, termasuk prosiding hari ini (semalam),” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian memutuskan memberikan tarikh akhir, iaitu pada 19 Januari ini kepada pendakwaan untuk menjawab representa­si berkenaan.

 ?? (Foto Aswadi Alias/bh) ?? Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aswadi Alias/bh) Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia