Berita Harian

80 mangsa pelaburan palsu gesa polis ambil tindakan

Syarikat berpusat di Kedah didakwa perdaya sehingga kerugian lebih RM11 juta

-

Seramai 80 individu menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah syarikat pelaburan yang sebelum ini berpangkal­an di Kedah, kerana didakwa memperdaya mereka sehingga mengalami kerugian lebih RM11 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaa­n Masyarakat Antarabang­sa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddi­n Hashim, berkata semua mangsa terbabit yang kebanyakan­nya berasal dari Johor, Perlis dan Kedah itu membuat laporan polis sejak Mac lalu hingga bulan ini.

“Syarikat itu kurang dikenali, tetapi mempunyai cawangan di beberapa negeri, antaranya Johor, Melaka, Kedah dan Perlis, yang didakwa menawarkan program menyewakan hartanah kepada pelabur dengan pulangan dividen lumayan dalam tempoh 45 hari.

“Pada peringkat awal, syarikat itu membayar dividen seperti dijanjikan, namun selepas mangsa menambah pelaburan, syarikat terbabit didakwa mula mengelak dan tidak membayar keuntungan, malah ibu pejabatnya di Kedah serta beberapa lagi cawangan turut menghentik­an operasi kecuali di Perlis,” katanya.

Berikutan itu, semua mangsa terbabit hadir di pekarangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), kelmarin, dengan menaiki bas dari Johor, Kedah dan Perlis untuk menyerahka­n surat permohonan bagi mengetahui perkembang­an semasa kes itu.

Hishamuddi­n bersama wakil mangsa turut mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan difahamkan 15 kertas siasatan dibuka berhubung kes itu.

80 laporan polis diterima

Ramli ketika dihubungi mengesahka­n lebih 80 laporan polis diterima berhubung kes itu yang dianggar membabitka­n kerugian jutaan ringgit.

Sementara itu, seorang jurutera syarikat pembinaan di Kedah yang mahu dikenali sebagai

Razak, 45, mendakwa beliau kerugian selepas semua wang simpananny­a dalam Sijil Simpanan Premium (SPP) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah lebih RM500,000 lenyap akibat terpedaya dengan syarikat itu.

Beliau berkata, pada mulanya dia diyakinkan mendapat keuntungan berkali ganda dalam tempoh singkat jika melabur dengan syarikat itu yang menawarkan pulangan dividen RM540 bagi satu lot pelaburan bernilai RM3,600.

“Saya mengeluark­an semua simpanan ASB dan SPP serta menambah lagi jumlah pelaburan kepada 160 lot, dengan jumlah keseluruha­n kira-kira RM546,000 pada Oktober 2020 sebelum syarikat itu menghentik­an operasi,” katanya yang turut mengalami tekanan perasaan berikutan kes itu.

Seorang lagi mangsa yang juga pesawah, Mohd Johari Ismail, 45, mendakwa kerugian lebih RM20,000 wang simpanan selepas dipengaruh­i anak saudara yang kebetulan bekerja sebagai ejen pemasaran di syarikat sama pada 2021.

“Saya berkali-kali ke syarikat itu mendesak mereka membayar semula modal, namun pihak syarikat hanya memberi RM50 hingga RM100 untuk tidak menimbulka­n kekecohan di pejabat, malah mengugut memanggil polis jika enggan beredar,” katanya yang berharap wang berkenaan dapat diperoleh semula untuk menyara tiga anak masih bersekolah.

BERNAMA

Pada peringkat awal, syarikat itu membayar dividen seperti dijanjikan, namun selepas mangsa menambahpe­laburan, syarikat terbabit didakwa mula mengelak dan tidak membayar keuntungan

Hishamuddi­n Hashim, Setiausaha Agung MHO

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia