Berita Harian

Wad kelas pertama HSA ditutup untuk naik taraf bekalan elektrik

Khidmat dihenti sementara permudah projek dijangka siap 2025

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Wad kelas pertama Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, ditutup sepenuhnya sementara waktu bagi memberi ruang pada projek naik taraf bekalan utama elektrik, sistem elektrikal dan mekanikal di Bangunan Induk dan Bangunan Wad Bersalin.

Pengarah HSA, Dr Sal Atan, berkata projek menaik taraf wad kelas pertama itu sudah bermula dan dibuat secara berfasa sejak tahun lalu dan dijangka siap pada 2025.

Beliau berkata, situasi itu menyebabka­n beberapa wad termasuk wad Dahlia hospital padat dengan pesakit yang perlu mendapatka­n rawatan.

Katanya, penjelasan itu dibuat ekoran aduan yang tular di media sosial, platform X seorang waris pesakit yang mendakwa fasiliti uzur dan kepadatan pesakit di wad Dahlia.

Notis pemakluman

Katanya, notis pemakluman berkaitan projek naik taraf juga sudah dinyatakan di pekarangan kawasan hospital berkenaan.

“Dimaklumka­n bahawa keadaan wad kelihatan padat kerana katil rasmi di wad tersebut adalah 39 katil pada satu-satu masa.

“Namun, atas faktor penambahan pesakit yang perlu menerima rawatan, katil operasi di wad tersebut ditambah dengan jumlah keseluruha­n 44 katil.

“Wad tersebut juga mencapai kadar penggunaan katil pesakit 110.12 peratus dari Januari hingga Oktober lalu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Sal berkata, pesakit yang berkelayak­an untuk dimasukkan ke wad kelas pertama tidak dapat dilaksanak­an kerana penutupan sepenuhnya wad kelas pertama buat sementara waktu.

“Bagaimanap­un, pihak pengurusan hospital mengambil serius berhubung isu tersebut dan berusaha melakukan penambahba­ikan terhadap fasiliti uzur, di samping pemantauan berkala terhadap fasiliti di hospital untuk keselesaan pesakit dan kakitangan.

“Penyelengg­araan daripada syarikat konsesi juga sentiasa menjadi perhatian dan dipantau dari semasa ke semasa.

“Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Kerjasama dan kesabaran semua pesakit dan anggota hospital amatlah dihargai,” katanya.

Tular di platform X, seorang wanita yang menghantar ahli keluargany­a mendakwa fasiliti di wad Dahlia HSA uzur dan mempertika­ikan tidak dapat ditempatka­n di wad kelas pertama walaupun pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam dengan alasan bilik penuh.

Bagaimanap­un, pihak pengurusan hospital mengambil serius berhubung isu tersebut dan berusaha melakukan penambahba­ikan terhadap fasiliti uzur, di samping pemantauan berkala terhadap fasiliti di hospital untuk keselesaan pesakit dan kakitangan

Dr Sal Atan,

Pengarah Hospital Sultanah Aminah

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia