Berita Harian

SERVE selaras NGO bantu mangsa banjir

-

Shah Alam: Kerajaan negeri akan menyelaras­kan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat membantu kerja pembersiha­n pasca banjir di negeri ini di bawah pasukan Sukarelawa­n Selangor (SERVE).

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi, berkata penyelaras­an berkenaan membolehka­n NGO terbabit bergerak seiring dengan pasukan SERVE bagi kerja pembersiha­n jika berlaku bencana itu pada masa akan datang.

Pada masa sama, katanya, penyelaras­an itu bagi menjaga sensitivit­i serta sentimen sesetengah kampung dan pendudukny­a terhadap pihak luar ke kampung mereka.

“Kita kenal pasti pada 2021 (ketika kejadian banjir besar Selangor), pada waktu itu banyak NGO yang turun dan ada yang genuine, ada setakat datang hendak buat content dan sebagainya.

“Sebab itu penubuhan SERVE sejak 2021 untuk menyelaras­kan, maksudnya mereka yang turun mahu betul-betul berkhidmat bagi membantu supaya proses pembersiha­n banjir dapat dilakukan dengan baik.

“Kadang-kadang apabila kita buat kerja pembersiha­n ini, kita kena masuk kampung dan ada penduduk kampung akan bertanya, mereka ada sensitivit­i, sentimen sebab waktu bencana sebegini, pelbagai pihak hendak masuk hantar bantuan, ada juga

hendak ambil kesempatan.

“Sebab itu kita kenal pasti perlu ada satu mekanisme untuk kita selaraskan (NGO) di bawah SERVE.

“Sebut SERVE, orang tahu ini pasukan kerajaan Selangor, jadi mereka yakin dan membolehka­n kita buat kerja pembersiha­n,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyerahan Peralatan SERVE kepada Pegawai Belia dan Sukan Negeri Selangor 2023 di Majlis Sukan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Justeru itu, katanya, bagi mengelakka­n timbul sebarang isu atau perkara tidak diingini terutama membabitka­n NGO

luar, pihak berkenaan perlu menghubung­i Sekretaria­t SERVE untuk memudahkan urusan berkenaan.

“Kita hendak memastikan tidak berlaku perkara tidak diingini, jadi kita minta NGO luar jika mereka hendak membantu boleh berhubung dengan Sekreteria­t SERVE di MSN Selangor dan nyatakan hasrat untuk memudahkan kita membuat penyelaras­an,” katanya.

Dalam pada itu katanya, SERVE yang kini mempunyai 1,500 sukarelawa­n aktif memberi komitmen sepenuh masa bergerak seiring Sukarelawa­n Anak Malaysia (SATRIA) dalam kerja

pembersiha­n pasca banjir.

Mengulas mengenai penyerahan kelengkapa­n peralatan pembersiha­n pasca banjir pula katanya, setiap daerah diberikan kit permulaan membabitka­n kereta sorong, waterjet, getah paip 20 meter, penyodok, cangkul, penyapu air, berus penyapu, sarung tangan getah dan plastik sampah.

“Untuk keseluruha­n di Selangor, kita diberikan RM300,000 termasuk (kos) kelengkapa­n ini dan ini adalah satu kit permulaan, jika ada keperluan tidak mencukupi, kita akan tambah mengikut keperluan daerah,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Mohd Najwan (tengah) pada sidang media penyerahan peralatan Selangor Volunteer (SERVE) kepada Pegawai Belia dan Sukan Negeri Selangor 2023 di Shah Alam, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Mohd Najwan (tengah) pada sidang media penyerahan peralatan Selangor Volunteer (SERVE) kepada Pegawai Belia dan Sukan Negeri Selangor 2023 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia