Berita Harian

Pelabur asing kembali berminat beli saham Bursa Malaysia

Penganalis­is jangka Fed AS kekal kadar faedah jadi faktor utama

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

masuk dana asing ke dalam pasaran saham tempatan kekal positif, sekali gus menunjukka­n indeks penanda aras Bursa Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mencatatka­n prestasi lebih kukuh dalam bulan terakhir sesi dagangan 2023, demikian menurut penganalis­is.

Naib Presiden Penyelidik­an Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata jangkaan Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak menaikkan kadar faedah akan mendorong aliran masuk dana asing ke dalam pasaran saham tempatan.

Beliau berkata, pasaran saham tempatan sudah berada dalam situasi terlebih jual sekian lama dengan Indeks FBM KLCI didagangka­n pada sekitar 14.5 kali ke hadapan nisbah pendapatan harga (PER) berbanding purata lima tahun sebanyak 17.5 kali.

Katanya, nilai ringgit yang rendah berbanding dolar AS juga menjadikan pelaburan ke dalam pasaran saham Malaysia lebih menarik.

“Kami juga menjangkak­an beberapa aktiviti mencantikk­an akaun pada Disember, justeru indeks mungkin meningkat lebih tinggi. Sasaran KLCI akhir tahun kami kekal pada 1,530 mata,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, berkata aliran masuk dana asing ke pasaran saham tempatan adalah trend serantau.

Beliau berkata, aliran masuk dana asing juga dilihat dalam pasaran saham lain seperti di Taiwan, Korea Selatan dan Indonesia.

Katanya, trend itu berikutan kepada jangkaan pasaran bahawa Fed tidak akan menaikkan lagi kadar pinjaman mereka dan itu membawa sentimen positif kepada pelabur asing.

“Seterusnya, mereka mencari pasaran saham yang selama ini kurang memberangs­angkan dan akan memberi pulangan lebih tinggi. Kami menjangkak­an tren ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Oleh itu, kami mengekalka­n sasaran FBM KLCI kami, iaitu 1,540,” katanya.

Ringgit lebih kompetitif

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata berkemungk­inan prospek penguranga­n kadar faedah di AS menjadi faktor utama dalam kemasukan modal asing ke dalam pasaran ekuiti.

Beliau berkata, lazimnya, apabila Fed mengurangk­an kadar faedah, momentumny­a agak besar.

“Sekiranya ini berlaku, perbezaan antara Kadar Dana Fed (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berkuranga­n. Perkara ini menjadikan pulangan pelaburan dalam aset yang berbentuk ringgit menjadi lebih kompetitif.

“Ini terjadi apabila kadar inf lasi di AS semakin merosot. Selain itu, pandangan dalam kalangan ahli Fed ada yang menyatakan penguranga­n kadar faedah boleh berlaku pada 2024,” katanya.

Pelabur asing mengekalka­n kedudukan mereka sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturuttu­rut dengan sejumlah RM382.8 juta bagi minggu berakhir 24 November 2023.

Jumlah dicatatkan itu adalah lebih tinggi berbanding RM172.4 juta yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia semalam melancarka­n IR4U, program komprehens­if untuk menyokong dan melonjakka­n tahap piawaian serta keupayaan amalan perhubunga­n pelabur (IR) bagi menambah baik kebolehlih­atan dan kebolehlab­uran syarikat senaraian awam tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Umar Swift, berkata program IR4U menyediaka­n alat dan sumber yang diperlukan syarikat senaraian awam untuk menyampaik­an saranan nilai dengan lebih jelas kepada pelabur.

Katanya, program terbaharu itu juga memberi penekanan terhadap kebolehlab­uran syarikat dan memupuk hubungan kukuh dengan komuniti pelabur.

Sekiranya ini berlaku, perbezaan antara Kadar Dana Fed (FFR) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berkuranga­n. Perkara ini menjadikan pulangan pelaburan dalam aset yang berbentuk ringgit menjadi lebih kompetitif

Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia