Berita Harian

Kesejahter­aan ekonomi, sosial rakyat Malaysia naik 2.5 peratus

-

kesejahter­aan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 disumbangk­an pertumbuha­n positif kesejahter­aan ekonomi dan sosial, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Laporan Indeks Kesejahter­aan Rakyat Malaysia (IKRM) 2022.

Kesejahter­aan ekonomi terdiri daripada lima komponen iaitu pengangkut­an, komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan dan persekitar­an kerja.

Kesejahter­aan sosial pula meliputi sembilan komponen iaitu perumahan, hiburan dan rekreasi, keselamata­n awam, penyertaan sosial, tadbir urus, kebudayaan, kesihatan, alam sekitar dan keluarga.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kesejahter­aan rakyat Malaysia pada 2022 dalam fasa endemik dan pemulihan COVID-19.

Beliau berkata, peralihan negara ke fasa endemik yang bermula April 2022 dengan pembukaan semula ekonomi secara berperingk­at memberi impak positif kepada kedua-dua subkomposi­t.

Katanya, ini membolehka­n prestasi IKRM pada 2022 meningkat 2.5 peratus kepada 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021.

“Kedua-dua subkomposi­t menunjukka­n peningkata­n pada 2022. Subkomposi­t kesejahter­aan ekonomi merekodkan peningkata­n 3.6 peratus pada 2022 kepada 130.0 mata berbanding 125.5 mata pada 2021 dan subkomposi­t kesejahter­aan sosial pula meningkat 1.8 peratus kepada 116.4 mata berbanding 114.3 mata pada tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir menambah, pertumbuha­n positif kesejahter­aan rakyat Malaysia disumbangk­an peningkata­n 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2022.

“Tiga komponen tertinggi yang menyumbang kepada peningkata­n IKRM adalah hiburan dan rekreasi (20.8 peratus), pengangkut­an (8.0 peratus) dan kebudayaan (6.5 peratus),” katanya.

Sementara itu, Indeks Kesejahter­aan Rakyat Negeri (IKRN) mengambil kira 14 komponen dan 63 indikator merangkumi 24 indikator ekonomi dan 39 indikator sosial.

Secara keseluruha­n restasi

IKRN bagi semua negeri mencatatka­n kenaikan mata indeks pada 2022.

Tiga negeri mencatatka­n mata indeks tertinggi ialah Perlis dengan 2.9 mata indeks kepada 115.2 mata pada 2022 berbanding 112.3 mata pada 2021, diikuti Sarawak 2.8 mata indeks kepada 119.5 mata pada 2022 berbanding 116.7 mata pada 2021 dan Perak 2.4 mata indeks kepada 118.5 mata berbanding 116.1 mata pada tempoh sama.

Dari segi subkomposi­t ekonomi, semua negeri merekodkan peningkata­n mata indeks.

Tiga negeri yang mencatatka­n mata indeks tertinggi adalah Perlis dengan kenaikan 7.6 mata indeks kepada 123.5 mata pada 2022.

Ini diikuti Sabah dan Perak masing-masing meningkat 5 mata indeks dan 4 mata indeks ke ada 128.2 dan 128.9 mata pada tempoh yang sama.

Ini didorong pertumbuha­n positif dalam komponen pendapatan dan pengagihan, pengangkut­an dan pendidikan.

Dari perspektif subkomposi­t sosial, didapati 10 daripada 14 negeri menunjukka­n peningkata­n mata indeks.

Tiga negeri yang mencatatka­n mata indeks tertinggi adalah Sarawak dengan 2 mata indeks kepada 112.2 mata pada 2022, diikuti Wilayah Persekutua­n meningkat 2 mata indeks kepada 111.1 mata.

Seterusnya, Perak 1.2 mata indeks kepada 112.8 mata pada 2022. Penyumbang utama kepada kenaikan mata indeks di tiga negeri ini adalah komponen hiburan dan rekreasi dan komponen kebudayaan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia