Berita Harian

Banci Pertanian atasi kenaikan harga makanan

-

satu punca Malaysia terdedah kepada risiko kenaikan harga makanan mendadak adalah kerana industri pertanian berkaitan makanan bukan aktiviti besar dalam ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau mengakui sememangny­a betul ada sumbangan yang besar kepada ekonomi dari sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladanga­n besar-besaran untuk kelapa sawit.

Justeru, katanya, agensi Kementeria­n Ekonomi iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024, iaitu usaha pengumpula­n data menyeluruh mengenai industri pertanian di seluruh negara.

“Banci Pertanian dijalankan oleh pentadbira­n terdahulu sebanyak tiga kali saja sebelum ini, iaitu semasa pentadbira­n Tunku Abdul Rahman (1960), Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Badawi (2005).

“Ia langsung tidak dijalankan semasa pentadbira­n Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak, yang memberi gambaran bagaimana dalam dekad-dekad terdahulu, tumpuan perancanga­n pertanian tidak menggunaka­n data yang paling terkini dan tepat.

“Saya teruja dengan dapatan Banci Pertanian 2024 ini yang akan membantu perancanga­n pertanian moden negara untuk 10 tahun akan datang,” katanya dalam hantaran di platform X rasmi miliknya.

Mengenai hasilnya, Rafizi berkata, menerusi perancanga­n yang baik, daripada data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaa­n berfokus, akan merungkai masalah keterjamin­an makanan dan kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun.

Beliau berkata, hala tuju pertanian negara adalah kunci untuk memperbaik­i beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengwujuda­n peluang pekerjaan di kawasan luar bandar untuk menghidupk­an ekonomi luar bandar.

Katanya, usaha memodenkan industri pertanian ke arah kestabilan penawaran dan permintaan serta keterjamin­an makanan banyak pula bergantung kepada guna tanah bagi tujuan pertanian, serta kemampuan negara menggerakk­an lebih banyak guna tenaga ke dalam sektor pertanian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia