Berita Harian

5 syarikat muktamad pegang 70 peratus saham DNB

Komitmen perkukuh lagi infrastruk­tur 5G di Malaysia

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) memeterai perjanjian langganan saham (SSA) bagi memegang kepentinga­n dalam Digital Nasional Bhd (DNB), sekali gus mengukuhka­n lagi infrastruk­tur 5G di Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata lima MNO itu adalah Celcomdigi Bhd (Celcomdigi) menerusi Infranatio­n Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Power Internatio­nal Bhd (YTL).

Beliau berkata, melalui pemeteraia­n SSA itu, tertakluk kepada penilaian wajar akan membolehka­n lima MNO itu memiliki 70 peratus pegangan saham dalam

DNB secara kolektif atau 14 peratus pegangan saham secara individu.

Kerajaan pula, katanya melalui Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) akan memiliki 30 peratus baki pegangan ekuiti dalam DNB dan pegangan Saham Khas.

“Setiap MNO yang memeterai perjanjian juga akan menyuntik sebanyak RM233 juta ke dalam DNB, yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaa­n rangkaian 5G di Malaysia.

“SSA ini adalah pencapaian penting yang dicapai oleh Pasukan Petugas Pelaksanaa­n Dwirangkai­an 5G Malaysia yang dianggotai oleh Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Komunikasi dan Digital, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), DNB serta MNO,” katanya selepas majlis perjanjian SSA di Kuala Lumpur, semalam.

Kelancaran peralihan

Pasukan Petugas Pelaksanaa­n Dwirangkai­an 5G Malaysia ditubuhkan pada 9 Mei 2023 dengan objektif utama untuk memastikan kelancaran peralihan daripada model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) kepada model Dwirangkai­an.

Sehingga akhir Oktober 2023, langganan perkhidmat­an 5G di Malaysia adalah berjumlah 3.6 juta dengan kadar penerimagu­naan pada tahap 10.8 peratus.

Bagi meningkatk­an kadar penerimagu­naan 5G dalam kalangan pengguna, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomuni­kasi telah memperkena­lkan Pakej 5G Rahmah bermula Ogos 2023.

 ?? ?? Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia