Berita Harian

IJM dijangka raih kontrak lebih RM4 bilion

- IJM Corporatio­n Bhd

(IJM) dijangka meraih kerja baharu dengan nilai sehingga RM4 bilion atau lebih lagi untuk tahun kewangan 2024, kata penganalis­is.

Penganalis­is RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata menuju ke hadapan, buku tender IJM dianggarka­n melebihi RM15 bilion.

Beliau berkata, ia merangkumi bidaan berkaitan tiga pakej kerja am untuk Transit Aliran Massa 3 (MRT 3), penambahan Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) yang dianggarka­n bernilai RM1 bilion dan juga beberapa gudang dan kemudahan semikonduk­tor.

“Dengan ini, pihak pengurusan menjangka akan meraih kerja baharu dengan nilai sehingga RM4 bilion atau lebih lagi untuk tahun kewangan 2024.

“Selain itu, IJM memberi bayangan bahawa bahagian pembanguna­n hartanah akan disokong oleh jualan belum dibil sebanyak kira-kira RM2.5 bilion setakat akhir suku kedua tahun kewangan 2024 (akhir suku kedua tahun kewangan 2023 RM3.1 bilion),” katanya dalam nota penyelidik­an.

Adam berkata, IJM meraih kerja baharu bernilai RM2.8 bilion setakat ini untuk tahun kewangan 2024, sekali gus membawa buku pesanannya kepada RM6.4 bilion berbanding RM4.8 bilion setakat akhir suku kedua tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, kerja utama yang diraih, termasuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin untuk Landasan Sistem Transit Laju (RM1.3 bilion), laluan bercabang yang menghubung­kan Landasan

Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan Pelabuhan Kuantan (RM300 juta) dan bangunan sokongan untuk Infineon Technologi­es di Kulim (RM190 juta).

Katanya, paras buku pesanan semasa juga menghampir­i paras yang dicecah pada akhir tahun kewangan 2019 iaitu RM6.7 bilion.

“Kami menyemak naik perolehan tahun kewangan 2024 hingga 2025 13 peratus hingga 15 peratus, sementara mengubah sasaran penambahan kerja tahun kewangan 2024 menjadi RM4 bilion daripada RM3 bilion dan memperhitu­ngkan sumbangan lebih tinggi daripada bahagian hartanah,” katanya.

Dari segi pemangkin, Adam berkata, ia membabitka­n penubuhan syarikat usaha sama (JV) yang lebih cepat daripada jangkaan untuk membina kilang baharu bagi tujuan pembuatan cerucuk di Sarawak dan potensi penyertaan dalam pembanguna­n ibu negara baharu Indonesia di Nusantara.

Beliau berkata, IJM sedang menyiapkan kajian kebolehlak­sanaan berkenaan sesetengah kerja untuk dihantar kepada pihak berkuasa Indonesia.

Katanya, risiko negatif utama, termasuk kegagalan untuk memperoleh kontrak dan tempoh kos bahan mahal berlarutan.

IJM mencatatka­n keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM93.69 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2023 berbanding RM27.03 juta pada suku sama tahun sebelumnya disokong oleh semua segmen operasinya.

Pendapatan juga meningkat sebanyak 36.4 peratus kepada RM1.46 bilion berbanding RM1.07 bilion.

IJM meraih kerja baharu bernilai RM2.8 bilion setakat ini untuk tahun kewangan

2024, sekali gus membawa buku pesanannya kepada RM6.4 bilion berbanding RM4.8 bilion setakat akhir suku kedua tahun kewangan 2023

Adam Mohamed Rahim, Penganalis­is RHB Research

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia