Berita Harian

Datasonic untung RM37.2 juta tempoh enam bulan

-

Datasonic Group Bhd merekodkan keuntungan bersih RM37.2 juta bagi separuh pertama berakhir 30 September 2023, meningkat berbanding RM36.9 juta setahun lalu.

Pendapatan penyedia penyelesai­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu berkaitan keselamata­n terkemuka di Malaysia itu turut meningkat 9.1 peratus kepada RM172.1 juta pada tempoh dikaji mengatasi rekod RM157.7 juta yang dicapai tempoh sama tahun lalu.

Ini terutama disebabkan oleh bekalan pasport, kad pintar dan perkhidmat­an pemperibad­ian yang lebih tinggi.

Pengerusi Eksekutif Datasonic, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah, berkata kumpulan itu berbesar hati untuk menghasilk­an satu lagi keputusan kewangan yang mantap, terutama selepas dibayangi landskap makroekono­mi yang amat tidak menentu.

“Ketika melangkah ke arah separuh kedua tahun kewangan semasa (tahun kewangan 2024), kami akan terus memberi fokus penuh pada pelaksanaa­n pelan strategik sambil melaksanak­an pendekatan berhemat di samping merebut peluang di hadapan untuk mengembang­kan lagi perniagaan.

“Permintaan yang sihat untuk pasport adalah berkekalan, yang kami jangka akan berterusan dengan kukuh terutamany­a pada suku akhir 2023.

“Keutamaan utama kami kekal untuk memastikan penghantar­an berterusan, tepat pada masanya dan berkualiti tinggi kepada pelanggan, bertujuan memenuhi permintaan awam yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Datasonic turut berbesar hati untuk berkongsi bahawa penghantar­an kad pekerja asing (i-kad) mendapat daya tarikan yang menggalakk­an sejak penempatan bermula pada Ogos lalu.

“Kami teruja dalam hal ini kerana ia membuka peluang kepada syarikat untuk memanfaatk­an kekuatan dan kecekapann­ya ke dalam penyelesai­an dan perkhidmat­an lain sebagai daripada pelan kepelbagai­an perniagaan.

“Secara keseluruha­nnya, kami terus yakin dengan prospek Datasonic disokong oleh buku pesanan yang sihat dan pelan strategik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia