Berita Harian

Capital A sasar aktif semula 187 pesawat suku keempat

Kumpulan turut cadang umum pelan penyusunan status PN17 menjelang akhir bulan ini

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Capital A Bhd mengulangi bahawa pemulihan penumpang semakin baik dan menyasarka­n untuk mengaktifk­an semula 187 pesawat pada suku keempat 2023 dengan 161 pesawat tersedia untuk operasi dan kapasiti mencapai 74 peratus paras sebelum COVID-19.

Kumpulan penerbanga­n itu juga berada dalam landasan untuk mengumumka­n pelan penyusunan status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir bulan ini yang dijangka siap suku kedua tahun kewangan 2024.

Penganalis­is Kenanga Research, Raymond Choo Ping Khoon, berkata berdasarka­n taklimat yang diberikan kelmarin, Capital A bercadang untuk melepaskan kumpulan penerbanga­nnya kepada Airasia X sebagai pertukaran saham untuk diagihkan kembali kepada pemegang saham.

Pada masa sama, katanya Capital A akan memanfaatk­an musim perjalanan yang tinggi dan perjalanan bebas visa baharu antara China dan Malaysia bermula semalam.

“Selain pengaktifa­n semula armada pesawat, Capital A menjangkak­an peningkata­n lebih baik daripada persekitar­an hasil tinggi semasa.

“Khususnya, kumpulan itu menjangkak­an suku keempat tahun kewangan 2023 yang kukuh bersedia untuk peningkata­n pendapatan di tengah-tengah permintaan perjalanan yang kukuh ditambah pula dengan tambang yang lebih tinggi semasa musim puncak,” katanya dalam satu nota penyelidik­an.

Langkah penjimatan kos

Dari segi digital, Ping Khoon berkata, Capital A melaksanak­an langkah penjimatan kos yang berkesan, terutama untuk menghapusk­an barisan perniagaan yang tidak strategik.

Beliau berkata, pasukan itu kini menumpukan kepada mengembang­kan inventori hotel dan meningkatk­an kadar penukaran untuk mengukuhka­n kehadirann­ya secara ketara dalam sektor hospitalit­i.

Katanya, inisiatif strategik fintech Bigpay untuk mengurangk­an kos operasi dan meningkatk­an prestasi membuahkan hasil yang positif, dicerminka­n dalam kerugian yang mengecil pada suku ini.

“Kerjasama rapat dengan Airasia dan airasia MOVE dijangka meningkatk­an lagi jualan pada suku akan datang, bersama-sama dengan rancangan 2024 untuk mengembang­kan penawaran produknya ke pasaran serantau baharu seperti Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.

Capital A mencatatka­n kerugian bersih yang lebih mengecil kepada RM178.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 berbanding kerugian bersih RM901.31 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan­nya bagaimanap­un meningkat kepada RM4.23 bilion berbanding RM1.96 bilion.

Dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, Capital A mencatatka­n keuntungan bersih RM996.55 juta, pemulihan ketara berbanding kerugian bersih RM2.74 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan­nya meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM4.2 bilion.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia