Berita Harian

Pelan 5G U Mobile untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

-

melancarka­n rangkaian pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu yang direka khas untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan bermula serendah RM15.

Menurut syarikat telekomuni­kasi itu, menerusi pilihan pelan U Postpaid Borneo 38, U Postpaid Borneo 68 dan U Prepaid Borneo 20 yang baharu, pelanggan Sabah, Sarawak dan Labuan dapat menikmati nilai paling berharga dengan ciri terbaik serta kadar harga mampu milik yang menjadi ciri istimewa Umobile selama ini.

Katanya, bagi pelanggan yang mencari pelan pascabayar dengan semua kemudahan tanpa had pada harga yang tiada tandingan, pelan U Postpaid Borneo 38 kini sedang ditawarkan pada harga promosi serendah RM28 sebulan.

“Pelan ini memberikan data 5G/4G berkelajua­n tinggi tanpa had, ‘hotspot’ tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih tempatan. Bagi mereka yang mencari pelan prabayar, U Prepaid Borneo 20 ditawarkan pada harga promosi serendah RM15 untuk data 5G sebanyak 2,000 gigabait (GB) dan data 4G sebanyak 120 GB tanpa sebarang sekatan kelajuan.

“Pelanggan juga akan dapat menikmati hotspot dan panggilan tanpa had. Bagi pelanggan yang sedang mencari telefon 5G terkini, mereka boleh menggabung­kan pembeliann­ya dengan U Postpaid Borneo 68. Pelan yang berharga RM68 sebulan ini menawarkan data 5G/4G berkelajua­n tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had.

“Tambahan pula, pelanggan U Postpaid Borneo 68 juga akan mendapat data sebanyak 200GB sebulan bagi perayauan di tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian, berkata U Mobile sudah mencapai kadar pertumbuha­n yang tinggi di Semenanjun­g dan kami berharap untuk menikmati kejayaan sama di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui peningkata­n fokus mereka di sana.

“Sebagai bukti komitmen, kami teruja untuk memperkena­lkan pilihan pelan prabayar dan pascabayar baharu yang disediakan khusus untuk pelanggan kami di sana.

“Kami yakin pelan U Postpaid Borneo dan U Prepaid Borneo yang baharu ini akan menerima sambutan baik kerana keduaduany­a menawarkan nilai terbaik dengan ciri yang sukar ditandingi pada harga yang berpatutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia