Berita Harian

Pinjaman beli kediaman, kenderaan terus melonjak

RHB Research kekal unjuran pertumbuha­n pinjaman sistem perbankan 2023

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

sistem perbankan berkembang empat peratus pada Oktober 2023 berbanding bulan sama tahun lalu, terutama disebabkan pinjaman isi rumah yang meningkat 5.8 peratus tahun ke tahun, manakala pinjaman perniagaan meningkat 1.5 peratus.

Menurut RHB Research, jumlah pinjaman yang bertambah kebanyakan­nya dibuat untuk tujuan gadai janji kediaman yang naik tujuh peratus tahun ke tahun, kenderaan (sembilan peratus) dan kegunaan peribadi (lima peratus).

“Manakala, pinjaman bagi membeli sekuriti menunjukka­n penurunan terbesar 13 peratus tahun ini.

“Dari awal tahun hingga hari ini (YTD), pinjaman sistem meningkat 3.4 peratus.

“Kami mengekalka­n unjuran pertumbuha­n pinjaman sistem 2023 pada 4 hingga 4.5 peratus,” katanya dalam satu nota penyelidik­an yang disediakan oleh penganalis­is, Wan Muhammad Ammar Affan, David Chong dan Nabil Thoo.

RHB Research berkata, petunjuk pemberian pinjaman adalah mantap dengan secara purata bergerak tiga bulan (3MMA), permohonan pinjaman sistem melonjak naik 15 peratus tahun ke tahun apabila pinjaman perniagaan bertambah 23 peratus tahun ke tahun.

“Kelulusan pinjaman pula meningkat empat peratus tahun ke tahun dan pengagihan pinjaman meningkat tujuh peratus. Kelulusan pinjaman buat segmen perniagaan merosot satu peratus tahun ke tahun, tetapi meningkat lapan peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Deposit sistem berkembang 4.3 peratus. Meskipun pertumbuha­n tahunan didorong oleh deposit tetap (FD) sebanyak enam peratus, ia tetap merekodkan penurunan 0.5 peratus berbanding bulan terdahulu.

“Akaun semasa & akaun simpanan (CASA) mendatar berbanding bulan sama tahun lalu, tetapi mencatat kenaikan kecil 0.9 peratus berbanding bulan terdahulu dan hal ini menyebabka­n nisbah CASA meningkat sedikit iaitu 30.8 peratus pada Oktober berbanding September (30.7 peratus),” katanya.

Kualiti aset tahap baik

Firma penyelidik­an itu berkata, kualiti aset berada pada tahap baik apabila pinjaman terjejas kasar (GIL) sistem terus menurun bulan lalu sebanyak 2.7 peratus tahun ke tahun.

“Penguranga­n pinjaman terjejas kasar dalam kebanyakan sektor, dilihat paling ketara dalam sektor pengangkut­an & komunikasi (-62 peratus), dan pembinaan (-3.0 peratus) sudah dapat mengimbang­i kesan akibat kenaikan pinjaman terjejas kasar pada sektor borong dan runcit (30 peratus) serta isi rumah (8 peratus).

“Dengan itu, nisbah pinjaman terjejas kasar sistem jatuh menjadi 1.7 peratus pada Oktober, paras terendah sejak Februari 2022 (1.69 peratus).

“Perlindung­an kerugian pinjaman (LLC) sistem meningkat kepada 91.3 peratus daripada 91.2 peratus pada September,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia