Berita Harian

TNGD bantu B40 dilindungi insurans

-

Orang ramai kini boleh mengambil bahagian menawarkan perlindung­an insurans kepada golongan B40 dengan menderma kepada Dana Rahmah di e-dompet Touch ‘n Go ewallet.

Dana Rahmah adalah hasil inisiatif oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD), Allianz General Insurance Company Bhd (Allianz General) dan Yayasan Prihatin Nasional yang menjalin kerjasama strategik bagi menjayakan usaha berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGD, Alan Ni, berkata inisiatif itu direka bentuk untuk menyediaka­n jaringan keselamata­n kepada kumpulan rentan dalam masyarakat, seperti individu yang kurang dilindungi insurans atau tidak menerima sebarang perlindung­an yang sebahagian besarnya dalam komuniti B40 menerusi usaha bersama antara ketiga-tiga pihak terbabit.

“Di TNGD, kami amat percaya untuk melayani individu secara adil dan mewujudkan impak positif yang ketara melalui produk kewangan yang boleh diakses. Misi kami adalah untuk menggalakk­an keterangku­man kewangan dan kesaksamaa­n digital untuk semua, termasuk meningkatk­an kebajikan mereka yang memerlukan­nya.

“Dengan inisiatif Dana Rahmah, kami memanfaatk­an rangkaian pengguna untuk mengumpul derma dan keupayaan teknologi untuk memperjuan­gkan Tech 4 Good, dengan menyediaka­n perlindung­an insurans kepada individu B40 yang kurang bernasib

baik bersama-sama rakan kongsi kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bermula 20 November 2023, pengguna Touch ‘n Go ewallet kini boleh menyertai Dana Rahmah dengan menderma terus kepada Yayasan Prihatin Nasional menerusi ewallet mereka.

Permohonan untuk insurans juga akan disediakan terus menerusi ewallet mulai Januari 2024.

Yayasan itu pula akan membantu dalam pemeriksaa­n untuk individu yang layak.

Inisiatif kumpul RM2.8 juta

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Sazali Rahman, berkata usaha itu adalah selari dengan visi untuk mewujudkan sistem sokongan yang penting untuk komuniti dan syarikat sudah mereka bentuk Kemalangan Peribadi Kumpulan Allianz4al­l, berharga hanya RM40 setiap pelan, memastikan pembayaran sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Katanya, inisiatif itu bertujuan

untuk mengumpul RM2.8 juta untuk menyediaka­n perlindung­an kepada 70,000 individu yang layak.

“Rakyat Malaysia membelanja­kan kurang daripada dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi negara untuk insurans selain nyawa. Ini menunjukka­n terdapat jurang yang besar dalam perlindung­an, terutama dalam segmen B40 atau kurang mendapat perkhidmat­an dengan perbelanja­an insurans lebih rendah daripada purata,” katanya.

 ?? (Foto ihsan TNGD) ?? Ni (tengah), Sazali (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali bersama dokumen kerjasama strategik menjayakan Dana Rahmah.
(Foto ihsan TNGD) Ni (tengah), Sazali (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali bersama dokumen kerjasama strategik menjayakan Dana Rahmah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia